Assalamualikum,
Salam BIOSIS, dan Salam 1 Malaysia. Pada 15 hingga 16 September 2012, Kelab
Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah mengadakan Program Tautan Hati dan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlansung di sekitar UMT. Program yang
dihadiri 325 peserta yang merupakan pelajar daripada Jabatan Sains Biologi ini
adalah bertujuan megeratkan silaturrahim antara ahli BIOSIS, memberikan peluang
kepada BIOSIS untuk bekerjasama, dan juga sebagai salah satu medium kepada
ahli-ahli kelab menimba pengalaman dalam menyusun atur dan mengendalikan
program untuk aktiviti kelab yang akan datang.
Program yang
dirasmikan oleh Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Mariam Binti Taib, Timbalan Dekan
Akademik dan HEP Fakulti Sains dan
Teknologi, telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan dan
komitmen yang tinggi dari segenap ahli BIOSIS. Aktiviti yang dirancang oleh
pucuk kepimpinan BIOSIS bai program ini memupuk semangat bersatu antara pelajar
senior dan juga junior. Diharap program-program yang bakal dijalankan juga akan
mendapat sambutam positif dari segenap ahli BIOSIS.
Wassalam,
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)

0 ulasan:
Catat Ulasan