content top

Jumaat, Mei 15, 2015

Life after Life BIOSIS 2014/2015 !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 12 Mei 2015, kelab Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan program Life after life yang diadakan di Auditorium PPDSNZ, UMT.

Poster program Life after Life-1

Poster program Life after Life-2

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam ilmu penciptaan manusia mengikut perspektif islam dan sains di samping memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi  terhadap kehidupan selepas kematian dan sebagai persediaan sebelum menghadapi kematian. Selain itu, program ini membuka minda para pelajar agar dapat mengaitkan sains dan penciptaan manusia seterusnya menghargai sains dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Pembukaan majlis oleh pengacara

Penyampaian bual bicara oleh penceramah

Penyampaian bual bicara oleh penceramah

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Sesi bergambar bersama penceramah jemputan

Akhirkata, syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana Life after Life BIOSIS 2014/2015 atas pencapaian anda semua, tidak lupa juga kepada semua yang hadir yang turut sama memeriahkan suasana. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. TAHNIAH dan SYABAS semua!!!


Jumaat, Mei 08, 2015

Family Day BIOSIS 2014/2015!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan program Family Day BIOSIS pada 28 Mac 2015.


Objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar-pelajar baru, pensyarah, pelajar tahun 2 dan 3 . Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan antaranya ialah water baloon war, dodge ball, tarik tali, kaki lipan dan macam-macam lagi. Program ini dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Asas, Prof. Dr.Nakisah Bt. Mat Amin.



Kehadiran para peserta

Pendaftaran para peserta 

Ketibaan perasmi program, Prof. Dr. Nakisah Bt. Mat Amin
Ucapan oleh pengarah program, saudara Muhd. Alif Asyraf bin Abdul Rahman


Ucapan oleh perasmi program, Prof. Dr. Nakisah Bt. Mat Amin

Perasmian program




Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan:






























Sesi bergambar Family Day BIOSIS:


Barisan pelajar tahun tiga bersama pensyarah

Barisan pelajar tahun dua bersama pensyarah

Barisan pelajar tahun satu bersama pensyarah

Akhirkata, syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana Family Day BIOSIS 2014/2015 atas pencapaian anda semua, tidak lupa juga kepada semua yang hadir yang turut sama memeriahkan suasana. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. TAHNIAH dan SYABAS semua!!!

content top