content top

Khamis, November 08, 2012

Explore The Nature Camp. 2012


Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua.
InsyaAllah esok, seramai 33 orang ahli BIOSIS bersama dengan Dr Andrew anak Ngadin akan bertolak ke Taman Negara, Jerantut Pahang. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik serta kesemua aktiviti berjalan lancar. Bagi yang pulang ke kampung halaman, kirim salam BIOSIS kepada keluarga anda dan bagi yang tinggal di UMT, jangan bersedih terutama student tahun 3, FYP. 


Tentatif Program




EXPLORE THE NATURE CAMP. 2012


Ahad, Oktober 14, 2012

Creative Mind (Biomates)




KRONOLOGI INOVASI SEPANJANG TAHUN 2012

1. SCITEX FST 2012 (Science and Technology Invention and Innovation Exhibition)
· Tarikh : 2 & 3 April 2012
· Tempat : Foyer Bangunan Utama Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud
· Pencapaian : Gold Medal
· Peringkat : Fakulti
· Catatan : Satu-satunya kumpulan pelajar yang mewakili Jabatan Sains Biologi (JASBIO) dalam pertandingan ini serta satu-satunya kumpulan yang Berjaya mendapat pingat emas bagi kategori Sarjana Muda


2. INOVASI@UMT 2012
· Tarikh : 14 & 15 Mei 2012
· Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM) Universiti Malaysia Terengganu
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Siti Rabeah Fadzil
· Pencapaian : Gold Medal
· Peringkat : Universiti
· Catatan : Menyertai pertandingan ini di bawah nama penyelia kami iaitu Dr Wahizatul Afzan binti Azmi serta menjadi salah satu peserta yang mendapat pingat emas bagi kategori Penyelidik


3. TIID 2012 (Terengganu Invention, Innovation and Design)
· Tarikh : 20 September 2012
· Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Dungun
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Yong Kah Wai, Siti Rabeah Fadzil
· Pencapaian : Silver Medal
· Peringkat : UiTM Se-Malaysia
· Catatan : Satu-satunya kumpulan yang mewakili UMT bagi pertandingan ini serta satu-satunya kumpulan selain peserta dari UiTM yang mendapat pingat bagi kategori pelajar IPTA


4. MyINOVASI 2012 (East Zone Level)
· Tarikh : 1 & 2 Oktober 2012
· Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM) Universiti Malaysia Terengganu (Tuan Rumah)
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Siti Rabeah Fadzil, Nurul ‘Izzah Hj Abdul Ghani, Nur Ain Farhah Ros Saidon Khudri, Nang Mirahinu Long Shula
· Pencapaian : Memenangi hadiah geran berjumlah RM 5000
· Catatan : Merupakan salah satu daripada dua kumpulan Tahap 2 (Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda) yang terpilih untuk mewakili Zon Timur ke peringkat kebangsaan pada hujung November ini



GAMBAR INOVASI SEPANJANG TAHUN 2012




Pingat Emas Pertandingan Pameran dan Penyelidikan SCITEX FST 2012




Pingat Emas Pertandingan Penyelidikan dan Pameran Hari Inovasi UMT 2012




Pingat Perak Pertandingan ‘Terengganu Invention, Innovation and Design’ (TIID ’12)




Memenangi Hadiah Geran berjumlah RM 5,000 sempena MyINOVASI 2012 peringkat Zon Timur serta bakal mewakili zon ke peringkat kebangsaan



Rancangan AgroJurnal di TV1 (RTM) mengenai kajian ‘RPW: The Silent Killer’ (Ditayangkan pada November 2011)





Jumaat, Oktober 05, 2012

Latar Belakang BIOSIS UMT




Sejarah Penubuhan Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) 

Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) ditubuhkan pada 13 April 2012 (Rabu) pada pukul 10 malam bertempat di Kompleks Kuliah 3 ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Kelab Jabatan Sains Biologi (JASBIO). Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) merupakan satu organisasi yang menggabungkan dua buah kelab akademik di bawah Jabatan Sains Biologi iaitu Kelab Double Helix (Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)) dan Kelab Biodiversiti (Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)).

Penggabungan ini adalah selaras dengan saranan daripada TNC Hepa, Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim dan juga daripada Ketua Jabatan Sains Biologi (JASBIO), Dr. Faridah binti Mohamad iaitu bagi melaksanakan rancangan ‘1 Jabatan 1 Kelab’ seperti HIMMAT (gabungan dua jurusan matematik) dan Kelab Kemahasiswaan Kimia (gabungan dua jurusan kimia). Saranan ini diadakan kerana melihat kepada masa hadapan universiti sendiri yang bakal berkembang pesat dengan pertambahan jurusan baru bagi setiap fakulti dan jabatan, seperti penambahan jurusan Bio Molekul di bawah Jabatan Sains Biologi sendiri pada masa akan datang. Jadi, adalah sesuatu yang kurang relevan sekiranya terdapat tiga atau pun lebih kelab di bawah satu jabatan sedangkan matlamat adalah hampir sama.

Sebagai mana di Universiti Sains Malaysia (USM), di bawah Jabatan Sains Biologi USM, terdapat satu kelab akademik yang dipanggil BioSociety yang mana menggabungkan sembilan jurusan yang berbeza seperti Botani, Biologi dan sebagainya. Justeru program-program seperti kesedaran Alam Sekitar, Bioteknologi dapat dirasai oleh semua ahli kelab di bawah jabatan yang sama tanpa mengira jurusan. Dan dalam jangka masa yang panjang, tidak mustahil UMT juga akan memiliki 9 jurusan di bawah 1 jabatan. Oleh itu, Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) dilihat sebagai satu penggabungan yang efektif dan memberi faedah yang besar pada masa hadapan di samping sebagai satu peluang untuk bertukar pandangan dan cara pemikiran antara Jurusan Sains Biologi dan Biodiversiti.

Gabungan Mahasiswa Biologi dan juga singkatannya, BIOSIS adalah nama yang dipilih oleh ketua Jabatan Sains Biologi, pensyarah serta penasihat Kelab Double Helix (Cik Norasmah Basari) dan Kelab Biodiversiti (En Ahmad Farid Abdul Fuad) berdasarkan senarai nama kelab yang telah diberi oleh Majlis Tertinggi Kelab Biodiversiti dan Kelab Double Helix sebelum itu. Manakala logo BIOSIS telah dipilih berdasarkan undian majoriti daripada kalangan pelajar Sains Biologi, Biodiversiti dan juga kalangan pensyarah. Perasmian logo rasmi BIOSIS telah diadakan pada 6 Disember 2011 bersempena dengan Majlis Bersama Pembimbing Siswa 2011 di foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.

Susur Galur Asal Usul Nama BIOSIS 

Nama BIOSIS, singkatan bagi Biologi Siswa Siswi, adalah merupakan ilham salah seorang Majlis Tertinggi Kelab Double Helix sesi 2010/2011, saudara Fong Kong Wing yang bermaksud ‘Life’ ataupun Kehidupan. Manakala menurut bahasa Greek, bíōsis bersamaan dengan biō- (untuk hidup) dan –sis (perbandingan) seperti perkataan anabiosis, simbiosis dan sebagainya. Pada asalnya, nama BIOSIS adalah nama kumpulan saudara Wing untuk subjek Biologi Perkembangan (diajar oleh Dr Chong Ju Lian) bagi mendapatkan kedudukan yang paling strategik di dalam makmal. Kumpulan Biosis ketika itu membariskan 8 orang ahli iaitu Fong Kong Wing, Mohamad Haris (Presiden Pertama BIOSIS), Nurshuhaina, Asyikin, Nadzaty Asima, Hidayah, Fatin Syahirah, dan Rozaireen. Kemudian, nama BIOSIS ini telah dicadangkan di dalam pemilihan nama kelab untuk diberi kepada ketua jabatan. Dan akhirnya, Biologi Siswa Siswi telah dikembangkan menjadi Gabungan Mahasiswa Biologi tanpa mengubah singkatannya, BIOSIS.

Khamis, Oktober 04, 2012

Ucapan Presiden Biosis 12/13


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai President Kelab. Menjadi seorang President bukanlah tugas yang mudah, mengalas jawatan ini memerlukan kecekalan yang tinggi. Sebelum ini saya pernah terlibat dengan banyak program di bawah Kelab BIOSIS. Dari program pertama lagi saya sudah mula menanam rasa SAYANG terhadap Kelab BIOSIS kerana bagi saya Kelab BIOSIS mempunyai sesuatu yang istimewa yang hanya akan saya dapat sekiranya saya terus dan terus menyayanginya. Begitu juga dengan anda semua.

Kelab BIOSIS adalah kelab yang baru ditubuhkan lebih kurang 2 tahun yang lepas, kelab ini adalah gabungan dua buah kelab iaitu Kelab Double Helix dan Kelab Biodiversiti. Antara perkara yang akan saya bawa adalah saya amat menekankan rasa “Sayang terhadap Kelab” kita sendiri sama seperti manifesto saya. Saya berharap dengan peluang sebagai seorang President sekarang, saya dapat membuat semua ahli BIOSIS mempunyai rasa sayang terhadap kelab. Bagi saya, rasa sayang ini amat penting bukan sahaja ia akan menyebabkan kelab kita mempunyai ukhwah yang kuat antara ahli malah ia membuatkan kelab kita maju dan berdaya saing antara kelab-kelab lain. Kenapa saya berkata begitu? Kerana bagi saya ahli yang mempunyai rasa sayang akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kelab nya. Apabila sesebuah kelab itu mendapat sokongan ahli, apa sahaja program yang dirancang akan mendapat sambutan dan boleh berjalan dengan lancar. 



Pendekatan yang saya lakukan adalah amat berbeza kerana bagi saya pendekatan sebegini lebih penting bagi sesebuah kelab. Selain itu, saya berharap juga bahawa kelab BIOSIS mendapat sokongan penuh dari ahlinya jika tidak kita akan tumbang ibarat pokok tumbang kerana akarnya tidak kuat. Di harap untuk program-program yang akan datang, ahli BIOSIS dapat memberi sokongan yang jitu demi untuk memajukan kelab kita sendiri. 

Akhir kata dari saya, bersama-sama kita memberi sokongan kepada Kelab BIOSIS dan membuatkan kelab kita maju dari segala aspek. 

Sekian, Terima Kasih.

Isnin, Oktober 01, 2012

Laporan Khas Lawatan Kebajikan Ke Taman Sinar Harapan



Assalammualaikum dan Salam BIOSIS untuk semua. Pada 28.9.2012 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, Kelab BIOSIS telah membuat lawatan ke Taman Sinar Harapan yang terletak berhampiran dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Walaupun TSH terletak berhampiran dengan pusat membeli belah namun begitu, kehadirannya seakan tidak disedari kerana kurang kunjugan dari masyarakat. Kelab BIOSIS menggunakan peluang ini dengan mengadakan aktiviti bersama komuniti dan komuniti yang dipilih adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

Untuk pengetahuan semua TSH telah mula beroperasi sejak 1994 lagi, pada mula nya ia menempatkan orang-orang tua yang tiada waris dan tempat untuk berlindung. Kemudian ia tukarkan dengan menempatkan OKU yang berumur dari bayi sehingga 17 tahun. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli BIOSIS menghadiri program ini, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk berkongsi kesedihan dan menambah keriangan kepada penghuni TSH selain memberi pendedahan kepada ahli BIOSIS bahawa bertapa pentingnya tugas kita sebagai masyarakat untuk mengambil berat mengenai mereka.



Program ini di rasmikan oleh Dr Andrew anak Ngading iaitu Penasihat 1 Kelab BIOSIS. Di dalam ucap tama Dr Andrew, beliau bersetuju dan menyokong Kelab BIOSIS untuk mengadakan aktivti yang melibatkan komuniti bagi menunjukkan sifat prihatin kita kepada mereka. Terdapat beberapa aktivti dilakukan seperti aktivti LDK iaitu Rumah Ku Syurga Ku, aktiviti Tarian yang menjadi kegemaran peghuni TSH dan Lawatan Ke Kawasan sekeliling TSH yang di lihat sangat menyayat hati apabila terdapat penghuni yang hidup nya hanya di katil kerana tidak mampu untuk bergerak.


Aktiviti sebegini wajar dilakukan kerana sebagai mahasiswa dan mahasiswi, kita perlu prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling kita bukan hanya tertumpu pada pembelajaran dan aktivti sendiri. Dengan ada program-program sebegini, peluang untuk mahasiswa/siswi berinteraksi dengan masyarakat luar terbentang luas. Di harap, selepas ini, ahli-ahli BIOSIS dapat menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin.


Akhir kata dari saya, BIOSIS sayang Penghuni TSH.



Lawatan Kebajikan Ke Taman Sinar Harapan



Assalamualikum, Salam BIOSIS, dan Salam 1 Malaysia. Pada 28 September 2012 yang lalu, Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah mengadakan Program “Lawatan Kebajikan BIOSIS ke Taman Sinar Harapan”. Program yang disertai oleh 77 ahli BIOSIS ini bertolak ke Taman Sinar Harapan seawall 7.30 pagi daripada UMT. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk memupuk rasa kasih sayang pelajar terhadap insane istimewa yang telah menghuni rumah kebajikan tersebut sekian lama.




Program yang dirasmikan oleh Dr. Andrew Anak Ngadin ini telah berlangsung dengan penuh ceria dan tangisan keinsafan terbit sewaktu aktiviti penutup “free hug” berlangsung. Ternyata ahli BIOSIS bukan sahaja celik minda, malah sensitiviti mereka terhadap insan lemah amat terkesan di sanubari. Diharap program sebegini akan menjadi program tahunan kelab BIOSIS. Selamat maju jaya.


Wassalam,

Sabtu, September 29, 2012

Tautan Kasih Biosis dan Majlis Sambutan Hari Raya



Assalamualikum, Salam BIOSIS, dan Salam 1 Malaysia. Pada 15 hingga 16 September 2012, Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah mengadakan Program Tautan Hati dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlansung di sekitar UMT. Program yang dihadiri 325 peserta yang merupakan pelajar daripada Jabatan Sains Biologi ini adalah bertujuan megeratkan silaturrahim antara ahli BIOSIS, memberikan peluang kepada BIOSIS untuk bekerjasama, dan juga sebagai salah satu medium kepada ahli-ahli kelab menimba pengalaman dalam menyusun atur dan mengendalikan program untuk aktiviti kelab yang akan datang.

Program yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Mariam Binti Taib, Timbalan Dekan Akademik dan HEP Fakulti Sains dan  Teknologi, telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan dan komitmen yang tinggi dari segenap ahli BIOSIS. Aktiviti yang dirancang oleh pucuk kepimpinan BIOSIS bai program ini memupuk semangat bersatu antara pelajar senior dan juga junior. Diharap program-program yang bakal dijalankan juga akan mendapat sambutam positif dari segenap ahli BIOSIS.
Wassalam,

content top