Sejarah Penubuhan Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS)
Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) ditubuhkan pada 13 April 2012 (Rabu) pada pukul 10 malam bertempat di Kompleks Kuliah 3 ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Kelab Jabatan Sains Biologi (JASBIO). Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) merupakan satu organisasi yang menggabungkan dua buah kelab akademik di bawah Jabatan Sains Biologi iaitu Kelab Double Helix (Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)) dan Kelab Biodiversiti (Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)).
Penggabungan ini adalah selaras dengan saranan daripada TNC Hepa, Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim dan juga daripada Ketua Jabatan Sains Biologi (JASBIO), Dr. Faridah binti Mohamad iaitu bagi melaksanakan rancangan ‘1 Jabatan 1 Kelab’ seperti HIMMAT (gabungan dua jurusan matematik) dan Kelab Kemahasiswaan Kimia (gabungan dua jurusan kimia). Saranan ini diadakan kerana melihat kepada masa hadapan universiti sendiri yang bakal berkembang pesat dengan pertambahan jurusan baru bagi setiap fakulti dan jabatan, seperti penambahan jurusan Bio Molekul di bawah Jabatan Sains Biologi sendiri pada masa akan datang. Jadi, adalah sesuatu yang kurang relevan sekiranya terdapat tiga atau pun lebih kelab di bawah satu jabatan sedangkan matlamat adalah hampir sama.
Sebagai mana di Universiti Sains Malaysia (USM), di bawah Jabatan Sains Biologi USM, terdapat satu kelab akademik yang dipanggil BioSociety yang mana menggabungkan sembilan jurusan yang berbeza seperti Botani, Biologi dan sebagainya. Justeru program-program seperti kesedaran Alam Sekitar, Bioteknologi dapat dirasai oleh semua ahli kelab di bawah jabatan yang sama tanpa mengira jurusan. Dan dalam jangka masa yang panjang, tidak mustahil UMT juga akan memiliki 9 jurusan di bawah 1 jabatan. Oleh itu, Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) dilihat sebagai satu penggabungan yang efektif dan memberi faedah yang besar pada masa hadapan di samping sebagai satu peluang untuk bertukar pandangan dan cara pemikiran antara Jurusan Sains Biologi dan Biodiversiti.
Gabungan Mahasiswa Biologi dan juga singkatannya, BIOSIS adalah nama yang dipilih oleh ketua Jabatan Sains Biologi, pensyarah serta penasihat Kelab Double Helix (Cik Norasmah Basari) dan Kelab Biodiversiti (En Ahmad Farid Abdul Fuad) berdasarkan senarai nama kelab yang telah diberi oleh Majlis Tertinggi Kelab Biodiversiti dan Kelab Double Helix sebelum itu. Manakala logo BIOSIS telah dipilih berdasarkan undian majoriti daripada kalangan pelajar Sains Biologi, Biodiversiti dan juga kalangan pensyarah. Perasmian logo rasmi BIOSIS telah diadakan pada 6 Disember 2011 bersempena dengan Majlis Bersama Pembimbing Siswa 2011 di foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.
Susur Galur Asal Usul Nama BIOSIS
Nama BIOSIS, singkatan bagi Biologi Siswa Siswi, adalah merupakan ilham salah seorang Majlis Tertinggi Kelab Double Helix sesi 2010/2011, saudara Fong Kong Wing yang bermaksud ‘Life’ ataupun Kehidupan. Manakala menurut bahasa Greek, bíōsis bersamaan dengan biō- (untuk hidup) dan –sis (perbandingan) seperti perkataan anabiosis, simbiosis dan sebagainya. Pada asalnya, nama BIOSIS adalah nama kumpulan saudara Wing untuk subjek Biologi Perkembangan (diajar oleh Dr Chong Ju Lian) bagi mendapatkan kedudukan yang paling strategik di dalam makmal. Kumpulan Biosis ketika itu membariskan 8 orang ahli iaitu Fong Kong Wing, Mohamad Haris (Presiden Pertama BIOSIS), Nurshuhaina, Asyikin, Nadzaty Asima, Hidayah, Fatin Syahirah, dan Rozaireen. Kemudian, nama BIOSIS ini telah dicadangkan di dalam pemilihan nama kelab untuk diberi kepada ketua jabatan. Dan akhirnya, Biologi Siswa Siswi telah dikembangkan menjadi Gabungan Mahasiswa Biologi tanpa mengubah singkatannya, BIOSIS.
1 ulasan:
Catat Ulasan