Assalammualaikum dan Salam BIOSIS untuk semua. Pada 28.9.2012 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, Kelab BIOSIS telah membuat lawatan ke Taman Sinar Harapan yang terletak berhampiran dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Walaupun TSH terletak berhampiran dengan pusat membeli belah namun begitu, kehadirannya seakan tidak disedari kerana kurang kunjugan dari masyarakat. Kelab BIOSIS menggunakan peluang ini dengan mengadakan aktiviti bersama komuniti dan komuniti yang dipilih adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
Untuk pengetahuan semua TSH telah mula beroperasi sejak 1994 lagi, pada mula nya ia menempatkan orang-orang tua yang tiada waris dan tempat untuk berlindung. Kemudian ia tukarkan dengan menempatkan OKU yang berumur dari bayi sehingga 17 tahun. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli BIOSIS menghadiri program ini, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk berkongsi kesedihan dan menambah keriangan kepada penghuni TSH selain memberi pendedahan kepada ahli BIOSIS bahawa bertapa pentingnya tugas kita sebagai masyarakat untuk mengambil berat mengenai mereka.
Program ini di rasmikan oleh Dr Andrew anak Ngading iaitu Penasihat 1 Kelab BIOSIS. Di dalam ucap tama Dr Andrew, beliau bersetuju dan menyokong Kelab BIOSIS untuk mengadakan aktivti yang melibatkan komuniti bagi menunjukkan sifat prihatin kita kepada mereka. Terdapat beberapa aktivti dilakukan seperti aktivti LDK iaitu Rumah Ku Syurga Ku, aktiviti Tarian yang menjadi kegemaran peghuni TSH dan Lawatan Ke Kawasan sekeliling TSH yang di lihat sangat menyayat hati apabila terdapat penghuni yang hidup nya hanya di katil kerana tidak mampu untuk bergerak.
Aktiviti sebegini wajar dilakukan kerana sebagai mahasiswa dan mahasiswi, kita perlu prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling kita bukan hanya tertumpu pada pembelajaran dan aktivti sendiri. Dengan ada program-program sebegini, peluang untuk mahasiswa/siswi berinteraksi dengan masyarakat luar terbentang luas. Di harap, selepas ini, ahli-ahli BIOSIS dapat menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin.
Akhir kata dari saya, BIOSIS sayang Penghuni TSH.
0 ulasan:
Catat Ulasan