content top

Khamis, Jun 13, 2013

Gandingan mantap tenaga Doa, Syukur dan Sabar dalam kehidupan!

Salam kemesraan kepada semua warga BIOSIS, UMT dan pembaca sekalian.Kami team BIOSIS akan berkongsi dengan anda tentang kunci kejayaan!

"Hakikat syukur adalah mengakui nikmat Tuhan dan menggunakannya bertepatan dengan keredhaan-Nya. Manakala hakikat sabar pula adalah tenang di bawah kekuasaan taldir tanpa mengeluh dan putus asa pada kurniaan Tuhan."
(Ibnu Ad-Diba' Asy-Syaibani, Mukaffiratudz-Dzunub wa Mujibatul Jannah)



Untuk mencapai sesuatu kejayaan atau target yang kita mahu, gabungan tiga aspek ini mesti disatukan. Doa sahaja tidak memadai, wujudkan rasa syukur dan sabar juga dalam menghasilkan pelbagai kejayaan. Bukan satu kejayaan, malahan banyak kejayaan yang anda tidak akan jangka.

Analoginya, bayangkan anda membuat teh tanpa gula. Apa rasanya? Tentu pahit bukan? Bagi menghidangkan secawan teh yang sedap, anda perlu meletak gula sebagai pemanis. Anda juga perlukan air panas dan sudu untuk mengacaunya. Begitu juga apabila anda mencampurkab serbuk teh, air panas dan gula. Kemudian, dikacau hingga gulanya hancur. Rasanya tentu enak.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita perlukan doa, syukur dan sabar. Kemudian, kita adunkan ketiga-tiga bahan itu. Dalam perkataan lain, apabila kita gabungkan kesemuanya, kita akan berasa bahagia dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.

Masalahnya, hingga ke saat ini kebanyakkan umat manusia berdoa tanpa rasa syukur.Kita bersyukur tanpa kesabaran. Apabila kita diberi nikmat, kita mestilah bersyukur. Apabila Tuhan menguji kita dengan musibah, kita mesti bersabar. Sebaik-baiknya syukur dan sabar mestilah berjalan seiring.

Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar berkemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang juga setanding dengan kesabarannya. Walaupun begitu, ada juga orang yang bersyukur tetapi tidak mampu menahan sabar apabila nikmat dan rezeki mereka diambil daripada Tuhan. 

Urusan orang yang beriman sangat unik.
Semua urusan baik bagi mereka. 
Perkara ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
 Jika dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya.
Kalau dia ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu juga baik baginya.
(Direkodkan oleh Muslim)


Pernahkah doa anda tidak dimakbulkan? Sudah tentu pernah. Apakah tindakan anda sekiranya hajat anda tidak dimakbulkan oleh-Nya? Menyalahkan takdir? Berputus asa?




Sebenarnya, Allah sentiasa mengabulkan permintaan hamba-Nya. Dia memberi apa yang anda inginkan. Walaupun kadangkala kesabaran itu tidak tidak wujud dalam diri anda. Tetapi, sudahkan anda bertanya kepada diri anda? Adakah hajat anda seiring dengan isi hati anda? Mungkin apa yang kita inginkan bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Maka, mohonlah petunjuk kepada Allah supaya Dia menunjukkan apa yang anda inginkan sebenarnya.

Makanya, gabungan ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam kehidupan terutamanya sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bercita-cita besar. 

Bagaimana ketiga-tiga aspek ini bekerja dalam kehidupan sehingga doa anda dimakbulkan, hidup bahagia, tenang dan damai?

Berikut adalah cara-cara yang boleh dikongsikan supaya doa dipenuhi dan memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan:

# Ketahuilah apa sebenarnya yang anda inginkan.
# Teruslah berdoa sama ada dalam keadaan senang mahu pun susah.
# Tanamkan kuat-kuat apa tujuan anda berdoa.
# Wujudkan rasa syukur dalam hati. 
# Gunakan tenaga sabar untuk bangun dari kegagalan.
# Solatlah dengan rasa syukur dan sabar.


Lakukan enam perkara ini, Insya-Allah, Allah akan memberikan sesuatu malahan pelbagai kejayaan kepada anda.

Doa, Syukur dan Sabar

selamat menjalani kehidupan!
(Quranic Law of Attraction karya Rusdin S. Rauf)




Rabu, Jun 05, 2013

Kurang minum air mengundang penyakit batu karang

Dalam kesibukan pelajar-pelajar UMT menghadapi peperiksaan akhir, ayuh kita rehat sebentar.
Selangkan waktu mengulangkaji anda dengan perkara berfaedah seperti membaca berita online, beriadah dan banyak lagi.

Sudahkah anda mimum air putih pada hari ini?

Jika belum, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Semakin banyak minum air, semakin bagus untuk badan anda.




Tahukah anda?
Penyakit batu karang boleh berpunca daripada kurangnya minum air. Batu karang terbentuk apabila air kencing menjadi pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan kristal akan bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

jadi, lebih baik mencegah daripada mengubati.





Antara cara mencegah penyakit batu karang ialah:

- Minum banyak air untuk membersihkan air kencing.
- Elakkan minuman manis terutama minuman berkarbonat
- Kekurangan B6 dan kalsium menyebabkan pembentukan batu karang. 
- Elakkan makanan asid oksalik seperti tomato, lobak dan coklat.
- Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan sumber protein haiwan, gantikan dengan sumber protein sayur-sayuran.
- Kurangkan minum teh, kopi dan alkohol.

Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati.


Sabtu, Jun 01, 2013

Salam Imtihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memetik kata - kata Ralph Waldo Emerson,

“ Finish each day and be done with it. You have done what you could. Some blunders and absurdities no doubt crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day. You shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense. ”

Setiap perkara yang kita lakukan, kita telah selitkan usaha di dalamnya. Oleh itu, tidak kira apa jua yang akan berlaku, walaupun perkara yang kita tidak sangkakan dan inginkan, ingatlah kita telah berusaha. Jadi teruskan berusaha dan lupakan perkara yang lepas.

Di sini kami di pihak warga BIOSIS ingin mengucapkan SALAM MAJU JAYA kepada semua pelajar Universiti Malaysia Terengganu dalam menduduki peperiksaan akhir bagi semester II sesi 2012/2013.

Kami yakin bahawa setiap pelajar sudah berusaha dalam semester ini, dan kini tinggal menghadapi perjuangan terakhir. Teruskan berusaha dan berusaha, dan tidak kira apa keputusannya, anda telah pun berusaha..

Yang penting, tawakal.

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." [3:159]

DOA, USAHA, TAWAKAL



Annual Grand Meeting BIOSIS sesi 2012/2013


1 Jun 2013 bertempat di Auditorium 1, Kompleks Kuliah Pusat telah menjadi saksi Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) sesi 2012/2013. Majlis yang sudah tentu disertai oleh warga BIOSIS dan turut dihadiri wakil MPP bagi merasmikan mesyuarat agung ini.

Seperti mana yang diketahui umum, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) merupakan medan untuk membentangkan semua aktiviti dan kewangan yang ada pada sesebuah kelab. Jadi, segala aktiviti yang dijalankan pada sesi lepas telah dibentangkan dengan jayanya. Seterusnya, pada hari ini dilakukan  pembubaran bagi Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2012/2013 telah dilakukan dengan lancarnya.

Seterusnya, majlis pelantikan Majlis Tertinggi BIOSIS bagi sesi 2013/2014 dilaksanakan setelah proses pengundian dijalankan kepada calon-calon Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2013/2014. Proses pengundian telah dirancang sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya BIOSIS (SPRB). Tahniah di atas aturcara proses pengundian berjalan dengan begitu lancar sekali.


Barisan calon Majlis Tertinggi BIOSIS 2013/2014
Majlis Tertinggi sesi 2013/2014
Penyerahan portfolio kepada Presiden sesi 2013/2014

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi 2013/2014 yang baru sahaja dilantik. Tidak lupa juga kepada Majlis Tertinggi 2012/2013 dan warga BIOSIS dalam memartabatkan nama BIOSIS ke peringkat yang lebih tinggi. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha warga BIOSIS selama ini dan akan datang.
Semoga BIOSIS bertambah maju dalam pelbagai bidang dan semakin banyak mencipta nama di pelbagai peringkat sama ada di dalam universiti mahu pun di luar universiti, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.

Ayuh warga BIOSIS! Kita tingkatkan momentum kita dalam melestarikan nama BIOSIS di persada dunia!






content top