Salam kemesraan kepada semua warga BIOSIS, UMT dan pembaca sekalian.Kami team BIOSIS akan berkongsi dengan anda tentang kunci kejayaan!
"Hakikat syukur adalah mengakui nikmat Tuhan dan menggunakannya bertepatan dengan keredhaan-Nya. Manakala hakikat sabar pula adalah tenang di bawah kekuasaan taldir tanpa mengeluh dan putus asa pada kurniaan Tuhan."
(Ibnu Ad-Diba' Asy-Syaibani, Mukaffiratudz-Dzunub wa Mujibatul Jannah)

Untuk mencapai sesuatu kejayaan atau target yang kita mahu, gabungan tiga aspek ini mesti disatukan. Doa sahaja tidak memadai, wujudkan rasa syukur dan sabar juga dalam menghasilkan pelbagai kejayaan. Bukan satu kejayaan, malahan banyak kejayaan yang anda tidak akan jangka.
Analoginya, bayangkan anda membuat teh tanpa gula. Apa rasanya? Tentu pahit bukan? Bagi menghidangkan secawan teh yang sedap, anda perlu meletak gula sebagai pemanis. Anda juga perlukan air panas dan sudu untuk mengacaunya. Begitu juga apabila anda mencampurkab serbuk teh, air panas dan gula. Kemudian, dikacau hingga gulanya hancur. Rasanya tentu enak.
Begitu juga dengan kehidupan. Kita perlukan doa, syukur dan sabar. Kemudian, kita adunkan ketiga-tiga bahan itu. Dalam perkataan lain, apabila kita gabungkan kesemuanya, kita akan berasa bahagia dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.
Masalahnya, hingga ke saat ini kebanyakkan umat manusia berdoa tanpa rasa syukur.Kita bersyukur tanpa kesabaran. Apabila kita diberi nikmat, kita mestilah bersyukur. Apabila Tuhan menguji kita dengan musibah, kita mesti bersabar. Sebaik-baiknya syukur dan sabar mestilah berjalan seiring.
Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar berkemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang juga setanding dengan kesabarannya. Walaupun begitu, ada juga orang yang bersyukur tetapi tidak mampu menahan sabar apabila nikmat dan rezeki mereka diambil daripada Tuhan.
Urusan orang yang beriman sangat unik.
Semua urusan baik bagi mereka.
Perkara ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
Jika dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya.
Kalau dia ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu juga baik baginya.
(Direkodkan oleh Muslim)
Pernahkah doa anda tidak dimakbulkan? Sudah tentu pernah. Apakah tindakan anda sekiranya hajat anda tidak dimakbulkan oleh-Nya? Menyalahkan takdir? Berputus asa?

Sebenarnya, Allah sentiasa mengabulkan permintaan hamba-Nya. Dia memberi apa yang anda inginkan. Walaupun kadangkala kesabaran itu tidak tidak wujud dalam diri anda. Tetapi, sudahkan anda bertanya kepada diri anda? Adakah hajat anda seiring dengan isi hati anda? Mungkin apa yang kita inginkan bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Maka, mohonlah petunjuk kepada Allah supaya Dia menunjukkan apa yang anda inginkan sebenarnya.
Makanya, gabungan ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam kehidupan terutamanya sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bercita-cita besar.
Bagaimana ketiga-tiga aspek ini bekerja dalam kehidupan sehingga doa anda dimakbulkan, hidup bahagia, tenang dan damai?
Berikut adalah cara-cara yang boleh dikongsikan supaya doa dipenuhi dan memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan:
# Ketahuilah apa sebenarnya yang anda inginkan.
# Teruslah berdoa sama ada dalam keadaan senang mahu pun susah.
# Tanamkan kuat-kuat apa tujuan anda berdoa.
# Wujudkan rasa syukur dalam hati.
# Gunakan tenaga sabar untuk bangun dari kegagalan.
# Solatlah dengan rasa syukur dan sabar.

Lakukan enam perkara ini, Insya-Allah, Allah akan memberikan sesuatu malahan pelbagai kejayaan kepada anda.
Doa, Syukur dan Sabar
selamat menjalani kehidupan!
(Quranic Law of Attraction karya Rusdin S. Rauf)
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)
0 ulasan:
Catat Ulasan