![]() |
Seperti mana yang diketahui umum, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) merupakan medan untuk membentangkan semua aktiviti dan kewangan yang ada pada sesebuah kelab. Jadi, segala aktiviti yang dijalankan pada sesi lepas telah dibentangkan dengan jayanya. Seterusnya, pada hari ini dilakukan pembubaran bagi Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2012/2013 telah dilakukan dengan lancarnya.
Seterusnya, majlis pelantikan Majlis Tertinggi BIOSIS bagi sesi 2013/2014 dilaksanakan setelah proses pengundian dijalankan kepada calon-calon Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2013/2014. Proses pengundian telah dirancang sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya BIOSIS (SPRB). Tahniah di atas aturcara proses pengundian berjalan dengan begitu lancar sekali.
![]() |
| Barisan calon Majlis Tertinggi BIOSIS 2013/2014 |
![]() |
| Majlis Tertinggi sesi 2013/2014 |
![]() |
| Penyerahan portfolio kepada Presiden sesi 2013/2014 |
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi 2013/2014 yang baru sahaja dilantik. Tidak lupa juga kepada Majlis Tertinggi 2012/2013 dan warga BIOSIS dalam memartabatkan nama BIOSIS ke peringkat yang lebih tinggi. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha warga BIOSIS selama ini dan akan datang.
Semoga BIOSIS bertambah maju dalam pelbagai bidang dan semakin banyak mencipta nama di pelbagai peringkat sama ada di dalam universiti mahu pun di luar universiti, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.
Ayuh warga BIOSIS! Kita tingkatkan momentum kita dalam melestarikan nama BIOSIS di persada dunia!
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)




0 ulasan:
Catat Ulasan