content top

Isnin, April 29, 2013

Pengaruh Positif dalam Diri!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga BIOSIS dan pembaca sekalian.

BIOSIS kali ini ingin berkongsi mengenai pengaruh air dalam tindakan manusia. Sedikit kupasan daripada buku Law Of Universal Attraction.

Kajian menyatakan lebih 70 peratus daripada komposisi permukaan bumi terdiri daripada air dan hanya 30 peratus adalah daratan. Lihat pula pada penyusunan sel makhluk hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan serta mikroorganisma, iaitu hampir 80 peratus daripadanya terdiri daripada air. Setiap proses metabolisme dalam badan hanya berlaku dengan sempurna melalui bantuan air dalam badan. Inilah hebatnya kuasa air.


Allah juga menerangkan yang Dia menciptakan segala sesuatu daripada air.

"..Dan Kami jadikan daripada air segala sesuatu yang hidup. Tidakkah mereka percaya?" ayat 30 Surah al-Anbiya.

Seorang doktor perubatan alternatif di Jepun, Dr. Masaru Emoto bersama sahabatnya 
Kazuya Ishisabi sudah menjalankan kajian hubungan air, dan pengaruh pemikiran serta emosi manusia.
Molekul-molekul air berubah bentuk apabila dialunkan dengan pelbagai bentuk perkataan yang berbeza daripada emosi yang berbeza.



Perkataan yang positif dan baik menghasilkan molekul air yang baik dan cantik, manakala perkataan negatif yang lahir daripada emosi tidak stabil menghasilkan bentuk molekul yang amat hodoh dan jelek. 
Subhanallah!






Jadi, ayuh kita berpindah ke arah hidup yang lebih tenang, dan harmoni dengan melazimi ucapan-ucapan positif. Ucapan positif menghasilkan minda yang positif!

Selamat menempuh hari-hari yang mendatang BIOSIS ucapkan!


Ahad, April 21, 2013

Hari Bumi Sedunia ( Earth Day ) 2013



HARI BUMI


Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.


SEJARAH HARI BUMI


Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Tema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun 2013 adalah ‘The Face of Climate Change’ atau dalam bahasa Malaysia “Wajah-wajah Perubahan Iklim”

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

 1. Sertai kempen Hari Bumi Sedunia 2013 di Earth Day

2. Menghentikan aktiviti pembakaran terbuka 

3. Menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah, rumah dan tempat kerja. Sokonglah dan bantulah program kitar semula 

4. Menyertai program yang dianjurkan berkaitan penjagaan alam sekitar 

5. Sentiasa mengamalkan amalan mesra alam di rumah, sekolah, pejabat dan semasa membeli belah 

6.  Menjimatkan penggunaan air, elektrik dan tenaga 

7. Rancang pembelian untuk mengelak daripada membeli barangan yang tidak perlu. Ia juga menjimatkan wang anda 

8. Menanam pokok bagi membantu menyerap gas karbon dioksida untuk mengurangkan Kesan Rumah Hijau










Sabtu, April 20, 2013

BIOLOGY CONVENTION (BIOCON) 2013 - Preserve Nature, Live Better









Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya program Biology Convention (BIOCON) 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. BIOCON 2013 merupakan program tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi(BIOSIS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Bersesuaian dengan temanya 'Preserve Nature, Live Better' , BIOCON menganjurkan dua acara iaitu Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu dan Pembentangan Saintifik dan Forum. Tempat BIOCON ialah di Auditorium 2 Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. BIOCON dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 April 2013.

BIOCON dirasmikan oleh Dr. Mariam binti Taib selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu.
Pada 19 April 2013 diadakan Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu.

Lima ceramah yang disampaikan oleh para penyampai yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya.
Berikut merupakan ceramah yang dijalankan pada hari pertama:

1. Latest Technology in Biotechnology Field and its Application in Life Sciences yang disampaikan oleh Professor Dr. Maziah binti Mahmood (Universiti Putra Malaysia)
2. Beauty and the Bush: An overview of Plant Biodiversity in Beach Ridges Ecosystems of Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Jamilah binti Mohd Salim (UMT)
3. People and Biodiversity: Challenges and Oppurtunities yang disampaikan oleh Dr. Jarina binti Mohamad Jani (Institute Oceonography, UMT)
4. Green Sustainable Development: Why We Need to Act Now? yang disampaikan oleh Miss Amanda Biken Tass
5. Prospect of Biotechnology Study in France yang disampaikan oleh Walid Bourguiba



Ceramah daripada Dr. Jarina
'Serve Your Need, Not Your Greed'

BIOCON kali ini turut diserikan dengan pameran daripada warga BIOSIS. Pameran daripada pelajar Tahun 1 (Flora, Fauna dan ATPase) telah berjaya menarik perhatian para pengunjung. Kelab Reptilia Terengganu dan Kelab Arnab Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjayakan pameran di sini. Pelbagai pengetahuan yang berguna dapat diambil di pameran BIOCON.



Arnab yang sangat jinak


Pameran



Pada 20 April 2013 pula diadakan acara Pembentangan Saintifik dan Forum.
Pembentangan Saintifik diadili oleh beberapa juri yang tidak kurang hebatnya. Antara pengadil pertandingan ialah:
-Professor Dr. Maziah binti Mahmood
-Dr. Jarina Mohd Jani
-Dr. Andrew Anak Ngadin
-Dr. Wan Bayani binti Wan Omar
-Dr. Han Kwai Hin (WWF, Biotech Co.BioMarketing Inc.etc)

Antara barisan juri

Pembentangan Saintifik daripada para peserta sangat memberikan input yang menarik dan mengujakan para hadirin. Pembentangan ini juga dapat membuka minda para peserta khususnya pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk mereka lebih bersedia bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).




Sesi petang pula diadakan Forum yang bertajuk Career Prospect in Biological Field and Biodiversity Management: Preparation and Challenges.
Moderator untuk forum ini ialah Prof Madya Dr. Noraznawati binti Ismail (UMT). Manakala, tiga orang panel pula ialah Prof Madya Dr. Aziz bin Ahmad, Dr. Han Kwai Hin (WWF) dan Encik Mohd Yazid (MNS).
Banyak pengisian yang diperoleh oleh para peserta dan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat.
Antara pesanan yang amat penting untuk ingatan kita bersama adalah dari sikap dan niat kita dalam menuntut ilmu. Utamakan yang paling utama.

Forum

Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Dr. Faridah binti Mohamad selaku Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam pembentangan saintifik.

Anugerah Penbentang Terbaik : Vikneswaran a/l Muthu, Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah Pembentangan Terbaik : Harris Hanafi bin Hussin, Universiti Malaysia Terengganu
Anugerah Program Berpotensi Tinggi : Mohamad Firdaus bin Musa, Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Program Berpotensi Tinggi

Jutaan terima kasih kepada Pengarah Program BIOCON 2013, Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan BIOCON 2013. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir kalam, semoga BIOSIS UMT akan lebih maju pada masa akan datang. Mudah-mudahan program seperti ini dapat dianjurkan oleh BIOSIS lagi untuk memartabatkan sains dalam kehidupan kita.








Ahad, April 14, 2013

Ribut Petir



Apakah Ribut Petir?

 Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

  •  Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.
  •  Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  •  Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya. 
  •  Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan. 
  •  Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama. 
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.

Apakah Kilat?

 Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

 Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

 Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.


 Keselamatan Semasa Ribut Petir dan Kilat !

Sebelum Ribut
  •  Semak ramalan cuaca sebelum keluar jika tempoh berada di luar agak panjang. Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada. 
  • Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan berlaku. 
 Semasa Kedatangan Ribut Petir
  • Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta
  • .Jangan berteduh di tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil. 
  •  Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap.
  •  Keluar dari bot dan jauhi air.
  • Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik.Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.
  •  Jangan mandi. 
  •  Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
  •  Jika memandu di lebuhraya atau jejantas, berwaspada dengan angin kencang. 
  •  Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.
Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung 

  •  Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan pagar. 
  •  Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah. 
  •  Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah. 
  •  Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan segera dapatkan tempat berlindung.

Khamis, April 11, 2013

Designer Jeans: Made by Microbes?


Denim blue jeans have become popular ever since Levi Strauss and Jacob Davis first made them for California gold miners in 1873.
Now, companies that manufacture blue jeans are turning to microbiology to develop environmentally sound production methods that minimize toxic wastes. Moreover, microbiological method can provide abundant, renewable raw materials.



STONE WASHING?
A softer denim, called "stone-washed," was introduced in the 1980. The fabric is not really washed with rocks. Enzymes, called cellulases, from Trichoderma fungus are use to digest some of the cellulose in the cotton, thereby softening it. Unlike many chemical reactions, enzymes usually operate at safe temperatures and pH. Moreover, enzymes are proteins, so they are readily degraded for removal from waste water.

FABRIC
Bacteria can produce both polyester with less environmental impact. Gluconacetobacter xylinus bacteria make cellulose by attaching glucose units to simple chains in the outer membrane of the bacterial cell wall. The cellulose microfibrils are extruded through pores in the outer membrane, and bundles of microfibrils then twist into ribbons.

BLEACHING
Peroxide is a safer bleaching agent than chlorine and can be easily removed from fabric and waste water by enzymes.
Researchers at Novo Nordisk Biotech cloned a mushroom peroxidase gene in yeast and grew the yeasts in washing machine conditions. The yeast that survived the washing machine were selected as the peroxidase producers.

INDIGO
Chemical synthesis of indigo requires a high pH and produces waste that explodes in contact with air.
However, a California biotechnology biotechnology company, Genencor, has developed a method to produce indigo by using bacteria.
In the Genencor labs, researchers put the gene for conversion of the bacterial by-product indole to indigo from a soil bacterium, Pseudomonas putida, into Escherichia coli bacteria, which turned blue.


PLASTIC
Microbes can even make plastic zippers and packaging material for jeans.
Over 25 bacteria make polyhydroxyalkanoate (PHA) inclusion granules as a food reserve. PHAs are similar to common plastics, and because they are made by bacteria, they are also readily degraded by many bacteria. PHAs could provide a biodegradable alternative to conventional plastic, which is made from petroleum.

source: Microbiology an Introduction, Tenth Edition



Sabtu, April 06, 2013

Hari Kesihatan Sedunia 2013-7 April bertemakan Tekanan Darah Tinggi




WHO menetapkan 7 April sebagai Hari Kesihatan Sedunia.
Tema 2013: Tekanan Darah Tinggi dan menfokuskan mengenai kesedaran mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar. 

Tahukah anda?
Kira-kira 32.7 % rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas kini dianggarkan menghidapkan penyakit hipertensi dan perkara ini semakin meningkat sejak 2006!

Makanya, Pertubuhan World Action On Salt and Health (WASH) menetapkan 11 Mac hingga !7 Mac sebagai Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 bertemakan Less Salt Please.
Kempen yang ditujukan khusus buat industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef), tukang masak di restoran, kafeteria, gerai, restoran dan sebagainya.

Pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan hipertensi.
Tabiat kurang pengambilan sayuran, buah ditambah pula dengan peningkatan penggunaan alkohol, kurang aktiviti fizikal serta obesiti maka menjadikan keadaan lebih teruk.





Objektif Kempen :

  1. Meningkatkan kesedaran punca dan akibat tekanan darah tinggi.
  2. Menyediakan maklumat mengelakkan tekanan darah tinggi dan komplikasi berkaitan.
  3. Menggalakkan orang dewasa melakukan tekanan darah dan mengikut nasihat penjagaan kesihatan yang betul.
  4. Meningkatkan penjagaan diri untuk mengelakkan tekanan darah tinggi.
  5. Membuat pengukuran tekanan darah bersesuaian fungsi tubuh badan.
  6. Menggalakkan pihak berkuasa di peringkar kebangsaaan dan tempatan mewujudkan persekitaran sihat.





Untuk menjamin kesihatan yang baik, amalkan langkah berikut:
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. 
  • Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari atau 5 gram sehari.
  • Kurangkan penggunaan garam sewaktu memasak.
  • Gunakan perisa asli seperti rempah diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk.
  • Ambil dua sajian buah dan tiga sajian sayur setiap hari.
  • Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan.
  • Pupuk minda sihat, tangani tekanan, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
  • Matlamat utama Hari Kesihatan Seduania 2013 ialah untuk mengurangkan serangan jantung dan angin ahmar.

Sumber: Berita Harian 4April 2013


Selamat tiba- Mount Tahan Expedition Challenge


PERKEMBANGAN TERBARU MOUNT TAHAN EXPEDITION CHALLENGE (MTEC) 2013

Peserta MTEC sudah sudah selamat tiba di Taman Negara Merapoh dan mereka bermalam di situ sebelum memulakan pendakian pada esok pagi.
Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk mendaki gunung.
Kami warga BIOSIS mendoakan agar para peserta selamat dalam pendakian dan segalanya dapat berjalan dengan lancar.




Isnin, April 01, 2013

Jaga Kesihatan pada Musim Panas



Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia menjadi semakin panas. Mungkin disebabkan aktiviti manusia yang telah menyebabkan perubahan kepada sistem aturan cuaca alam. Cuaca yang panas kadangkala membuatkan seseorang itu cepat letih dan seterusnya cepat marah. Terutama kepada para-pelajar dan golongan yang bekerjaya, cuaca boleh juga mempengaruhi emosi mereka pada sesuatu masa.

Antara tanda-tanda tahap kesihatan yang semakin berkurang pada waktu panas yang melampau ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan dan berasa mual.

Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri terutama pada musim panas sekarang.
Jadi, nasihat kami kepada anda dan juga warga BIOSIS pada hari ini ialah:

  1. Banyakkan minum air mineral. Minum air dengan banyak dapat melancarkan pergerakan sel dalam badan kita dan sistem-sistem yang terlibat. Jangan tunggu sehingga dahaga. Kami mengesyorkan supaya anda membawa bersama air mineral ke kelas atau pun sewaktu berjalan. 
  2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral dalam badan anda yang hilang sewaktu berpeluh.
  3. Berada di dalam rumah atau bangunan.
  4. Hadkan aktiviti luar.
  5. Berehat secukupnya.
  6. Kerap mandi kerana mandi dapat menenangkan badan anda.
  7. Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.
  8. Pakai topi atau payung yang besar sewaktu berada di kawasan yang panas.

Tips yang lain juga perlu apabila cuaca panas yang semakin melampau. 
Antaranya ialah elakkan minum minuman yang berkafein , alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Hal ini menyebabkan kita cepat berasa lapar dan dahaga. Selain itu, elakkan berada di dalam kereta yang tertutup dan jangan bersenam di bawah terik cahaya matahari. 



Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di: 
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481

content top