content top

Sabtu, April 20, 2013

BIOLOGY CONVENTION (BIOCON) 2013 - Preserve Nature, Live Better









Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya program Biology Convention (BIOCON) 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. BIOCON 2013 merupakan program tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi(BIOSIS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Bersesuaian dengan temanya 'Preserve Nature, Live Better' , BIOCON menganjurkan dua acara iaitu Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu dan Pembentangan Saintifik dan Forum. Tempat BIOCON ialah di Auditorium 2 Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. BIOCON dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 April 2013.

BIOCON dirasmikan oleh Dr. Mariam binti Taib selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu.
Pada 19 April 2013 diadakan Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu.

Lima ceramah yang disampaikan oleh para penyampai yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya.
Berikut merupakan ceramah yang dijalankan pada hari pertama:

1. Latest Technology in Biotechnology Field and its Application in Life Sciences yang disampaikan oleh Professor Dr. Maziah binti Mahmood (Universiti Putra Malaysia)
2. Beauty and the Bush: An overview of Plant Biodiversity in Beach Ridges Ecosystems of Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Jamilah binti Mohd Salim (UMT)
3. People and Biodiversity: Challenges and Oppurtunities yang disampaikan oleh Dr. Jarina binti Mohamad Jani (Institute Oceonography, UMT)
4. Green Sustainable Development: Why We Need to Act Now? yang disampaikan oleh Miss Amanda Biken Tass
5. Prospect of Biotechnology Study in France yang disampaikan oleh Walid Bourguiba



Ceramah daripada Dr. Jarina
'Serve Your Need, Not Your Greed'

BIOCON kali ini turut diserikan dengan pameran daripada warga BIOSIS. Pameran daripada pelajar Tahun 1 (Flora, Fauna dan ATPase) telah berjaya menarik perhatian para pengunjung. Kelab Reptilia Terengganu dan Kelab Arnab Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjayakan pameran di sini. Pelbagai pengetahuan yang berguna dapat diambil di pameran BIOCON.



Arnab yang sangat jinak


Pameran



Pada 20 April 2013 pula diadakan acara Pembentangan Saintifik dan Forum.
Pembentangan Saintifik diadili oleh beberapa juri yang tidak kurang hebatnya. Antara pengadil pertandingan ialah:
-Professor Dr. Maziah binti Mahmood
-Dr. Jarina Mohd Jani
-Dr. Andrew Anak Ngadin
-Dr. Wan Bayani binti Wan Omar
-Dr. Han Kwai Hin (WWF, Biotech Co.BioMarketing Inc.etc)

Antara barisan juri

Pembentangan Saintifik daripada para peserta sangat memberikan input yang menarik dan mengujakan para hadirin. Pembentangan ini juga dapat membuka minda para peserta khususnya pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk mereka lebih bersedia bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).




Sesi petang pula diadakan Forum yang bertajuk Career Prospect in Biological Field and Biodiversity Management: Preparation and Challenges.
Moderator untuk forum ini ialah Prof Madya Dr. Noraznawati binti Ismail (UMT). Manakala, tiga orang panel pula ialah Prof Madya Dr. Aziz bin Ahmad, Dr. Han Kwai Hin (WWF) dan Encik Mohd Yazid (MNS).
Banyak pengisian yang diperoleh oleh para peserta dan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat.
Antara pesanan yang amat penting untuk ingatan kita bersama adalah dari sikap dan niat kita dalam menuntut ilmu. Utamakan yang paling utama.

Forum

Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Dr. Faridah binti Mohamad selaku Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam pembentangan saintifik.

Anugerah Penbentang Terbaik : Vikneswaran a/l Muthu, Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah Pembentangan Terbaik : Harris Hanafi bin Hussin, Universiti Malaysia Terengganu
Anugerah Program Berpotensi Tinggi : Mohamad Firdaus bin Musa, Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Program Berpotensi Tinggi

Jutaan terima kasih kepada Pengarah Program BIOCON 2013, Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan BIOCON 2013. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir kalam, semoga BIOSIS UMT akan lebih maju pada masa akan datang. Mudah-mudahan program seperti ini dapat dianjurkan oleh BIOSIS lagi untuk memartabatkan sains dalam kehidupan kita.








0 ulasan:

Catat Ulasan

content top