Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia menjadi semakin panas. Mungkin disebabkan aktiviti manusia yang telah menyebabkan perubahan kepada sistem aturan cuaca alam. Cuaca yang panas kadangkala membuatkan seseorang itu cepat letih dan seterusnya cepat marah. Terutama kepada para-pelajar dan golongan yang bekerjaya, cuaca boleh juga mempengaruhi emosi mereka pada sesuatu masa.
Antara tanda-tanda tahap kesihatan yang semakin berkurang pada waktu panas yang melampau ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan dan berasa mual.
Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri terutama pada musim panas sekarang.
Jadi, nasihat kami kepada anda dan juga warga BIOSIS pada hari ini ialah:
- Banyakkan minum air mineral. Minum air dengan banyak dapat melancarkan pergerakan sel dalam badan kita dan sistem-sistem yang terlibat. Jangan tunggu sehingga dahaga. Kami mengesyorkan supaya anda membawa bersama air mineral ke kelas atau pun sewaktu berjalan.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral dalam badan anda yang hilang sewaktu berpeluh.
- Berada di dalam rumah atau bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Berehat secukupnya.
- Kerap mandi kerana mandi dapat menenangkan badan anda.
- Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.
- Pakai topi atau payung yang besar sewaktu berada di kawasan yang panas.
Tips yang lain juga perlu apabila cuaca panas yang semakin melampau.
Antaranya ialah elakkan minum minuman yang berkafein , alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Hal ini menyebabkan kita cepat berasa lapar dan dahaga. Selain itu, elakkan berada di dalam kereta yang tertutup dan jangan bersenam di bawah terik cahaya matahari.
Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di:
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)
0 ulasan:
Catat Ulasan