content top

Isnin, April 29, 2013

Pengaruh Positif dalam Diri!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga BIOSIS dan pembaca sekalian.

BIOSIS kali ini ingin berkongsi mengenai pengaruh air dalam tindakan manusia. Sedikit kupasan daripada buku Law Of Universal Attraction.

Kajian menyatakan lebih 70 peratus daripada komposisi permukaan bumi terdiri daripada air dan hanya 30 peratus adalah daratan. Lihat pula pada penyusunan sel makhluk hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan serta mikroorganisma, iaitu hampir 80 peratus daripadanya terdiri daripada air. Setiap proses metabolisme dalam badan hanya berlaku dengan sempurna melalui bantuan air dalam badan. Inilah hebatnya kuasa air.


Allah juga menerangkan yang Dia menciptakan segala sesuatu daripada air.

"..Dan Kami jadikan daripada air segala sesuatu yang hidup. Tidakkah mereka percaya?" ayat 30 Surah al-Anbiya.

Seorang doktor perubatan alternatif di Jepun, Dr. Masaru Emoto bersama sahabatnya 
Kazuya Ishisabi sudah menjalankan kajian hubungan air, dan pengaruh pemikiran serta emosi manusia.
Molekul-molekul air berubah bentuk apabila dialunkan dengan pelbagai bentuk perkataan yang berbeza daripada emosi yang berbeza.



Perkataan yang positif dan baik menghasilkan molekul air yang baik dan cantik, manakala perkataan negatif yang lahir daripada emosi tidak stabil menghasilkan bentuk molekul yang amat hodoh dan jelek. 
Subhanallah!






Jadi, ayuh kita berpindah ke arah hidup yang lebih tenang, dan harmoni dengan melazimi ucapan-ucapan positif. Ucapan positif menghasilkan minda yang positif!

Selamat menempuh hari-hari yang mendatang BIOSIS ucapkan!


0 ulasan:

Catat Ulasan

content top