Kelab BIOSIS telah menganjurkan aktiviti Mount Tahan Expedition Challenge 2013 di Gunung Tahan, Pahang pada 6 sehingga 12 April 2013. Program ini merupakan kerjasama BIOSIS bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) Universiti Malaysia Terengganu. Program ini disertai dengan 2 orang daripada Malaysia Nature Society dan 10 orang warga BIOSIS.

Latar belakang program adalah seperti berikut:
a) Menambahkan
pengetahuan tentang alam seperti zoologi, botani, geologi, topografi dan
arkeologi. Oleh yang demikian, ekspedisi ini bukan sahaja bertujuan mendaki
gunung, tetapi di akhir pogram ini peserta akan memperolehi pengalaman bahkan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
b) Semasa ekpedisi ini
dijalankan, satu dokumentari akan dijalankan yang meliputi segala aspek
ekspedisi dari segi rupa bentuk dan struktur Gunung Tahan, khazanah alam yang
terdapat di sekitar Gunung Tahan dan sesi penerangan oleh wakil-wakil badan
bukan kerajaan (NGO) yang dijemput khas bagi menyampaikan penerangan semasa
ekspedisi ini berlangsung. Dokumentari akan dilakukan sepenuhnya oleh Pusat
Teknologi Maklumat (PTM) Unit Multimedia, Web dan Produksi UMT.
c) Selain dari itu, program ini
diharap dapat merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli BIOSIS, menanam
nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah seperti cintakan alam semulajadi dan
membina semangat setiakawan dan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Ini
merupakan salah satu usaha berterusan bagi merapatkan jurang perbezaan di
antara mahasiswa berlainan jurusan di bawah Jabatan Sains Biologi semenjak
penggabungan Kelab Double Helix dan Kelab Biodiversiti menjadi Gabungan
Mahasiswa Biologi (BIOSIS).
![]() |
| Ketua ekspedisi selaku pengarah MTEC |
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)

0 ulasan:
Catat Ulasan