Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pada 12 Mei 2015, kelab Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan program Life after life yang diadakan di Auditorium PPDSNZ, UMT.
![]() |
| Poster program Life after Life-1 |
![]() |
| Poster program Life after Life-2 |
Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam ilmu penciptaan manusia mengikut perspektif islam dan sains di samping memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap kehidupan selepas kematian dan sebagai persediaan sebelum menghadapi kematian. Selain itu, program ini membuka minda para pelajar agar dapat mengaitkan sains dan penciptaan manusia seterusnya menghargai sains dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
![]() |
| Pembukaan majlis oleh pengacara |
![]() |
| Penyampaian bual bicara oleh penceramah |
![]() |
| Penyampaian bual bicara oleh penceramah |
![]() |
| Penyampaian cenderahati kepada penceramah |
![]() |
| Sesi bergambar bersama penceramah jemputan |
Akhirkata, syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana Life after Life BIOSIS 2014/2015 atas pencapaian anda semua, tidak lupa juga kepada semua yang hadir yang turut sama memeriahkan suasana. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. TAHNIAH dan SYABAS semua!!!
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)







0 ulasan:
Catat Ulasan