assalamualaikum dan salam sejahtera..
topik kali ini berhati-hati di jalan raya!
apa kaitan dengan BIOLOGI?
ada..
Pengguna jalan raya ada yang berprogram Sains Biologi dan SMSG Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti!
Keselamatan diutamakan. Dalam sibuk-sibuk pergi ke kuliah, pergi hantar tugasan dan bermacam agenda lagi, jangan terus sahaja memecut laju kenderaan anda. Lajukan langkah kaki anda, itu tidak mengapa. Malahan, lagi bagus dan banyak manfaatnya.
![]() |
Makanya, jom kita berkongsi tip pemanduan di jalan raya. Lebih-lebih lagi pada musim hujan ini. Jalan raya licin dan macam-macam halangan lagi yang ada di sepanjang perjalanan anda pergi ke kuliah.
# Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Percikan air boleh terbalas ke hadapan cermin kereta anda. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.
# . Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir. cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
# Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan.
# JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
# Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah
Selain itu, pastikan..
1. Pastikan komponen kereta berada dalam keadaan yang baik:
- Viper cermin tidak haus
- Semua lampu kereta berfungsi seperti biasa (termasuk lampu isyarat atau signal)
- Tayar tidak haus atau bocor
2. Peralatan mesti-ada di dalam kereta
-Alat pengecas telefon bimbit
-Payung / baju hujan.
-Lampu suluh
-Satu persalinan pakaian – jika anda sampai ke kereta dengan keadaan basah kuyup.
-Nombor telefon dan kad keahlian car breakdown service.
Bagi yang menaiki motosikal dan basikal. Anda lagilah perlu berhati-hati semasa memandu. Pastikan topi keledar anda dipakai dengan kemas dan cara yang betul. Setakat pakai sahaja tiada apa faedah, bukan?
Sediakan baju hujan :)
Bagi yang berjalan kaki, sediakan payung sebelum hujan. Berhati-hati juga di jalan raya. :)
![]() |
Kecemerlangan lahir daripada tindakan yang bijak! Berhati-hati semua!
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)


0 ulasan:
Catat Ulasan