Satu lagi kejayaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya apabila kolaj batik terbesar telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama 400 orang pelajar di program Mari Berbudaya Setiu di Setiu, Terengganu. Program Mari Berbudaya Setiu telah disertai oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kolej Bestari dan Institut Teknologi Petroleum Petronas, sekolah-sekolah menengah sekitar Setiu dan juga 24 Youth Volunteer Programme (AVYP).
![]() |
| Kolaj batik terbesar |
Kolaj yang berukuran 8.5 meter x 8.5 meter telah dibuat semasa agenda Kenali Setiu dan Program Berbudaya Setiu yang telah diorganisasikan oleh Green Group dan Penarik Inn.
![]() |
| Mantan Presiden BIOSIS menyampaikan ucapan mewakili seluruh universiti yang terlibat |
Pengarah program, Nor Adlin Mohd Said berkata bahawa hanya sejam masa yang diambilkan untuk para peserta untuk mewarnakan 784 bidang batik sebelum menghasilkan sebuah kolaj yang cantik.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya warisan Setiu kepada orang ramai. Setiu merupakan sebuah tempat yang kaya dengan budaya.
Turut tidak ketinggalan, warga ahli BIOSIS turut bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan penglibatan generasi muda dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Syabas dan tahniah!
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)


0 ulasan:
Catat Ulasan