Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih BIOSIS 2013 pada 20/9/2013. Program yang berlangsung sepanjang hari itu telah disertai oleh siswa-siswi tahun 1,2 dan 3 Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terenggan (UMT). Program ini dijalankan di Kompleks Kuliah, Pusat Pendidikan Digital Sultanah Nur Zahirah dan juga di sekitar kampus.
Objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar-pelajar baru, pensyarah dan pelajar tahun 2 dan 3 yang bertepatan dengan temanya iaitu Kasih bertaut, ukhwah terjalin. Di samping memberikan pendedahan mengenai kelab BIOSIS kepada pelajar-pelajar baru. Perasmian program Tautan Kasih dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Madya. Dr. Mariam binti Taib.
ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Mariam binti Taib |
penyampaian cenderahati daripada pengarah program |
Antara agenda yang dilaksanakan dalam program Tautan Kasih kali ini adalah pengenalan kepada kelab BIOSIS, Latihan dalam kumpulan bersama pembimbing siswa, explorace dan sejenak bersama mantan presiden BIOSIS sesi 2012/2013, Muhammad Firdaus bin Musa. Beliau memberikan pengisian mengenai kerjaya pada masa hadapan dan persediaan dalam menghadapi temuduga. Banyak sekali info yang diterima oleh siswa-siswi BIOSIS. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian tersebut.
bersemangat adik-adik BIOSIS! |
LDK |
Explorace |
Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar baru. Harapan kami daripada team BIOSIS semoga anda terus maju dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang siswa-siswi yang masih dalam proses membiasakan diri di alam kampus. Ciptakan kecemerlangan anda di UMT!
Jutaan terima kasih kepada AJK pelakana Program Tautan Kasih BIOSIS 2013. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan atau tidak. Semoga program pertama untuk sesi kali ini menjadi titik permulaan kejayaan kelab BIOSIS. Tahniah!
Kasih bertaut, ukhwah terjalin.
0 ulasan:
Catat Ulasan