Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Masihkah anda ingat dengan
Kembara Ilmu musim pertama? Pelbagai persoalan mengenai sains dan wahyu terjawab.
Agenda pada musim pertama amat menarik.
1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)
Alhamdulillah, pada 7 Disember 2013, Kelab Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu sekali lagi telah menganjurkan Kembara Ilmu Musim Kedua bertemakan Wahyu Sains, Keagungan Tuhan. Auditorium Mahyuddin menjadi lokasi BIOSIS selama dua tahun berturut-turut melaksanakan program ini.
Kembara Ilmu kali ini tidak kurang hebatnya dengan Kembara Ilmu musim pertama. Aktiviti yang direncanakan cukup mengujakan dan mampu membuka minda mahasiswa-mahasiswi. Dua slot yang difokuskan dalam Kembara Ilmu musim kedua ialah Running Iman dan Malam Wacana Perdana.
Kedua-dua slot mendapat sambutan daripada para pelajar. Menariknya Kembara Ilmu kali ini adalah jemputan khas daripada Dr. Danial Zainal Abidin yang mempunya ilmu pengetahuan yang cukup luas. Banyak input yang dapat dikongsi bersama beliau.
|
Dr. Danial Zainal Abidin sedang menyampaikan ceramah. |
"Mengaji dan mengkaji al-Quran"
kata Dr. Danial.
Alhamdulillah, Kembara Ilmu musim kedua telah berjaya dengan jayanya. Harapan daripada BIOSIS dalam melaksanakan program ini adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang program berkaitan sains dan islam yang sangat berkait rapat. Semoga objektif tersebut berjaya dicapai oleh semua yang menyertai, insya-Allah.
Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana program. Tahniah dan syabas diucapkan.
|
AJK Pelaksana |
|
AJK Pelaksana |