content top
Memaparkan catatan dengan label Kejayaan Ahli Biosis UMT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejayaan Ahli Biosis UMT. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 07, 2013

Kembara Ilmu Wahyu Sains, Keagungan Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Masihkah anda ingat dengan Kembara Ilmu musim pertama? Pelbagai persoalan mengenai sains dan wahyu terjawab.
 Agenda pada musim pertama amat menarik.

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)


Alhamdulillah, pada 7 Disember 2013, Kelab Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu sekali lagi telah menganjurkan Kembara Ilmu Musim Kedua bertemakan Wahyu Sains, Keagungan Tuhan. Auditorium Mahyuddin menjadi lokasi BIOSIS selama dua tahun berturut-turut melaksanakan program ini. 

Kembara Ilmu kali ini tidak kurang hebatnya dengan Kembara Ilmu musim pertama. Aktiviti yang direncanakan cukup mengujakan dan mampu membuka minda mahasiswa-mahasiswi. Dua slot yang difokuskan dalam Kembara Ilmu musim kedua ialah Running Iman dan Malam Wacana Perdana.
Kedua-dua slot mendapat sambutan daripada para pelajar. Menariknya Kembara Ilmu kali ini adalah jemputan khas daripada Dr. Danial Zainal Abidin yang mempunya ilmu pengetahuan yang cukup luas. Banyak input yang dapat dikongsi bersama beliau. 

Dr. Danial Zainal Abidin sedang menyampaikan ceramah.

"Mengaji dan mengkaji al-Quran"
kata Dr. Danial.


Alhamdulillah, Kembara Ilmu musim kedua telah berjaya dengan jayanya. Harapan daripada BIOSIS dalam melaksanakan program ini adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang program berkaitan sains dan islam yang sangat berkait rapat. Semoga objektif tersebut berjaya dicapai oleh semua yang menyertai, insya-Allah.

Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana program. Tahniah dan syabas diucapkan.



AJK Pelaksana
AJK Pelaksana





Jumaat, September 06, 2013

Mari Berbudaya Setiu dalam Malaysian Book of Records

Satu lagi kejayaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya apabila kolaj batik terbesar telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama 400 orang pelajar di program Mari Berbudaya Setiu di Setiu, Terengganu. Program Mari Berbudaya Setiu telah  disertai oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kolej Bestari dan Institut Teknologi Petroleum Petronas, sekolah-sekolah menengah sekitar Setiu dan juga 24 Youth Volunteer Programme (AVYP).

Kolaj batik terbesar


Kolaj yang berukuran 8.5 meter x 8.5 meter telah dibuat semasa agenda Kenali Setiu dan Program Berbudaya Setiu yang telah diorganisasikan oleh Green Group dan Penarik Inn.

Mantan Presiden BIOSIS menyampaikan ucapan mewakili seluruh universiti yang terlibat

Pengarah program, Nor Adlin Mohd Said berkata bahawa hanya sejam masa yang diambilkan untuk para peserta untuk mewarnakan 784 bidang batik sebelum menghasilkan sebuah kolaj yang cantik.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya warisan Setiu kepada orang ramai. Setiu merupakan sebuah tempat yang kaya dengan budaya.

Turut tidak ketinggalan, warga ahli BIOSIS turut bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan penglibatan generasi muda dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Syabas dan tahniah!

Ahad, Mei 12, 2013

Tahniah BIOSIS!



Salam Sejahtera kepada Mahasiswa dan Mahasiswi BIOSIS. 

Syukur dengan izin Tuhan, KELAB KITA BERJAYA MENGONDOL DUA ANUGERAH iaitu Anugerah Program Terbaik Dalam Negara (BIOCON 2012) dan Anugerah Program Terbaik Keseluruhan UMT (BIOCON 2012) daripada 7 Anugerah yang dicalonkan. Terima Kasih pada Semua Kerana Menyokong dan Berdoa untuk BIOSIS. Semoga Kemenangan ini menjadi TITIK SEMANGAT bagi semua utk MEMARTABATKAN KELAB BIOSIS di masa hadapan. 
Sekian






Jumaat, Mei 03, 2013

Mount Tahan Expedition Challenge 2013

Kelab BIOSIS telah menganjurkan aktiviti Mount Tahan Expedition Challenge 2013 di Gunung Tahan, Pahang pada 6 sehingga 12 April 2013. Program ini merupakan kerjasama BIOSIS bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) Universiti Malaysia Terengganu. Program ini disertai dengan 2 orang daripada Malaysia Nature Society dan 10 orang warga BIOSIS.


  Latar belakang program adalah seperti berikut:

a)            Menambahkan pengetahuan tentang alam seperti zoologi, botani, geologi, topografi dan arkeologi. Oleh yang demikian, ekspedisi ini bukan sahaja bertujuan mendaki gunung, tetapi di akhir pogram ini peserta akan memperolehi pengalaman bahkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

b)           Semasa ekpedisi ini dijalankan, satu dokumentari akan dijalankan yang meliputi segala aspek ekspedisi dari segi rupa bentuk dan struktur Gunung Tahan, khazanah alam yang terdapat di sekitar Gunung Tahan dan sesi penerangan oleh wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput khas bagi menyampaikan penerangan semasa ekspedisi ini berlangsung. Dokumentari akan dilakukan sepenuhnya oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Unit Multimedia, Web dan Produksi UMT.

c)      Selain dari itu, program ini diharap dapat merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli BIOSIS, menanam nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah seperti cintakan alam semulajadi dan membina semangat setiakawan dan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Ini merupakan salah satu usaha berterusan bagi merapatkan jurang perbezaan di antara mahasiswa berlainan jurusan di bawah Jabatan Sains Biologi semenjak penggabungan Kelab Double Helix dan Kelab Biodiversiti menjadi Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS).


Ketua ekspedisi selaku pengarah MTEC




                  Program ‘Mount Tahan Expedition Challenges 2013’ ini diadakan sebagai salah satu di antara usaha ke arah pembangunan pelajar bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah, tetapi termasuk kesediaan fizikal dan mental untuk cabaran di masa hadapan. Memandangkan program seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan dengan kerjasama Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan, hasil dokumentari program ini akan ditayangkan sewaktu Program Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) seminggu sejurus ekspedisi ini berakhir. Pengisian program yang amat sinonim dengan aspirasi program-program pengajian di bawah Jabatan Sains Biologi diharap mencapai objektif utama kelab yang ingin dilaksanakan.


       Program ini telah dapat mencapai matlamatnya dan dilaksanakan seperti yang dirancangkan demi untuk merealisasikan objektif kelab dan objektif Universiti Malaysia Terengganu.




Sabtu, April 20, 2013

BIOLOGY CONVENTION (BIOCON) 2013 - Preserve Nature, Live Better









Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya program Biology Convention (BIOCON) 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. BIOCON 2013 merupakan program tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi(BIOSIS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Bersesuaian dengan temanya 'Preserve Nature, Live Better' , BIOCON menganjurkan dua acara iaitu Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu dan Pembentangan Saintifik dan Forum. Tempat BIOCON ialah di Auditorium 2 Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. BIOCON dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 April 2013.

BIOCON dirasmikan oleh Dr. Mariam binti Taib selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu.
Pada 19 April 2013 diadakan Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu.

Lima ceramah yang disampaikan oleh para penyampai yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya.
Berikut merupakan ceramah yang dijalankan pada hari pertama:

1. Latest Technology in Biotechnology Field and its Application in Life Sciences yang disampaikan oleh Professor Dr. Maziah binti Mahmood (Universiti Putra Malaysia)
2. Beauty and the Bush: An overview of Plant Biodiversity in Beach Ridges Ecosystems of Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Jamilah binti Mohd Salim (UMT)
3. People and Biodiversity: Challenges and Oppurtunities yang disampaikan oleh Dr. Jarina binti Mohamad Jani (Institute Oceonography, UMT)
4. Green Sustainable Development: Why We Need to Act Now? yang disampaikan oleh Miss Amanda Biken Tass
5. Prospect of Biotechnology Study in France yang disampaikan oleh Walid Bourguiba



Ceramah daripada Dr. Jarina
'Serve Your Need, Not Your Greed'

BIOCON kali ini turut diserikan dengan pameran daripada warga BIOSIS. Pameran daripada pelajar Tahun 1 (Flora, Fauna dan ATPase) telah berjaya menarik perhatian para pengunjung. Kelab Reptilia Terengganu dan Kelab Arnab Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjayakan pameran di sini. Pelbagai pengetahuan yang berguna dapat diambil di pameran BIOCON.



Arnab yang sangat jinak


Pameran



Pada 20 April 2013 pula diadakan acara Pembentangan Saintifik dan Forum.
Pembentangan Saintifik diadili oleh beberapa juri yang tidak kurang hebatnya. Antara pengadil pertandingan ialah:
-Professor Dr. Maziah binti Mahmood
-Dr. Jarina Mohd Jani
-Dr. Andrew Anak Ngadin
-Dr. Wan Bayani binti Wan Omar
-Dr. Han Kwai Hin (WWF, Biotech Co.BioMarketing Inc.etc)

Antara barisan juri

Pembentangan Saintifik daripada para peserta sangat memberikan input yang menarik dan mengujakan para hadirin. Pembentangan ini juga dapat membuka minda para peserta khususnya pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk mereka lebih bersedia bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).




Sesi petang pula diadakan Forum yang bertajuk Career Prospect in Biological Field and Biodiversity Management: Preparation and Challenges.
Moderator untuk forum ini ialah Prof Madya Dr. Noraznawati binti Ismail (UMT). Manakala, tiga orang panel pula ialah Prof Madya Dr. Aziz bin Ahmad, Dr. Han Kwai Hin (WWF) dan Encik Mohd Yazid (MNS).
Banyak pengisian yang diperoleh oleh para peserta dan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat.
Antara pesanan yang amat penting untuk ingatan kita bersama adalah dari sikap dan niat kita dalam menuntut ilmu. Utamakan yang paling utama.

Forum

Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Dr. Faridah binti Mohamad selaku Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam pembentangan saintifik.

Anugerah Penbentang Terbaik : Vikneswaran a/l Muthu, Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah Pembentangan Terbaik : Harris Hanafi bin Hussin, Universiti Malaysia Terengganu
Anugerah Program Berpotensi Tinggi : Mohamad Firdaus bin Musa, Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Program Berpotensi Tinggi

Jutaan terima kasih kepada Pengarah Program BIOCON 2013, Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan BIOCON 2013. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir kalam, semoga BIOSIS UMT akan lebih maju pada masa akan datang. Mudah-mudahan program seperti ini dapat dianjurkan oleh BIOSIS lagi untuk memartabatkan sains dalam kehidupan kita.








Ahad, Oktober 14, 2012

Creative Mind (Biomates)




KRONOLOGI INOVASI SEPANJANG TAHUN 2012

1. SCITEX FST 2012 (Science and Technology Invention and Innovation Exhibition)
· Tarikh : 2 & 3 April 2012
· Tempat : Foyer Bangunan Utama Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud
· Pencapaian : Gold Medal
· Peringkat : Fakulti
· Catatan : Satu-satunya kumpulan pelajar yang mewakili Jabatan Sains Biologi (JASBIO) dalam pertandingan ini serta satu-satunya kumpulan yang Berjaya mendapat pingat emas bagi kategori Sarjana Muda


2. INOVASI@UMT 2012
· Tarikh : 14 & 15 Mei 2012
· Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM) Universiti Malaysia Terengganu
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Siti Rabeah Fadzil
· Pencapaian : Gold Medal
· Peringkat : Universiti
· Catatan : Menyertai pertandingan ini di bawah nama penyelia kami iaitu Dr Wahizatul Afzan binti Azmi serta menjadi salah satu peserta yang mendapat pingat emas bagi kategori Penyelidik


3. TIID 2012 (Terengganu Invention, Innovation and Design)
· Tarikh : 20 September 2012
· Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Dungun
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Yong Kah Wai, Siti Rabeah Fadzil
· Pencapaian : Silver Medal
· Peringkat : UiTM Se-Malaysia
· Catatan : Satu-satunya kumpulan yang mewakili UMT bagi pertandingan ini serta satu-satunya kumpulan selain peserta dari UiTM yang mendapat pingat bagi kategori pelajar IPTA


4. MyINOVASI 2012 (East Zone Level)
· Tarikh : 1 & 2 Oktober 2012
· Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM) Universiti Malaysia Terengganu (Tuan Rumah)
· Ahli kumpulan : Mohamad Haris Hussain, Shahrol Nizam Daud, Siti Rabeah Fadzil, Nurul ‘Izzah Hj Abdul Ghani, Nur Ain Farhah Ros Saidon Khudri, Nang Mirahinu Long Shula
· Pencapaian : Memenangi hadiah geran berjumlah RM 5000
· Catatan : Merupakan salah satu daripada dua kumpulan Tahap 2 (Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda) yang terpilih untuk mewakili Zon Timur ke peringkat kebangsaan pada hujung November ini



GAMBAR INOVASI SEPANJANG TAHUN 2012




Pingat Emas Pertandingan Pameran dan Penyelidikan SCITEX FST 2012




Pingat Emas Pertandingan Penyelidikan dan Pameran Hari Inovasi UMT 2012




Pingat Perak Pertandingan ‘Terengganu Invention, Innovation and Design’ (TIID ’12)




Memenangi Hadiah Geran berjumlah RM 5,000 sempena MyINOVASI 2012 peringkat Zon Timur serta bakal mewakili zon ke peringkat kebangsaan



Rancangan AgroJurnal di TV1 (RTM) mengenai kajian ‘RPW: The Silent Killer’ (Ditayangkan pada November 2011)





content top