content top
Memaparkan catatan dengan label Outing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Outing. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 20, 2013

Lawatan ke Rumah Amal Baitul Sakinah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan lawatan ke Rumah Amal Baitul Sakinah cawangan Kuala Terengganu pada hari ini, 20 Disember 2013.


Pelbagai aktiviti diadakan bersama-sama para penghuni rumah Baitul Amal di sana. Di sini, para fasilitator dapat bersama-sama meluangkan masa dan pengalaman bersama mereka. Alhamdulillah, banyak nilai yang diperoleh yang dapat dikecapi bersama-sama. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli BIOSIS itu sendiri. 

Syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana program atas kejayaan merencana program ini. Semoga BIOSIS dapat meneruskan lagi lawatan seperti ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, setiap berlaku dalam kehidupan ada hikmahnya untuk kita mengambil pengajaran dan memikirkannya. 





Isnin, Mac 04, 2013

Perancangan Untuk Semester 2 2012/2013





Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Yang Esa semester 1 telah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi para pelajar akan memasuki Semester 2 2012/2013. Mudah-mudahan semester yang akan datang memberi lebih banyak kemajuan untuk semua. Selain itu, semoga perancangan untuk semester 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Maka, komitmen daripada setiap ahli kelab biosis sangat digalakkan.


Perancangan Kelab Biosis untuk Semester 2 turut disertakan di sini.


Bil.
Program
Tempat
Tarikh
Objektif
1
Progam Malam Palestin di Hatiku
Auditorium FPE
8 Mac 2013
Program Malam Palestin di Hatiku bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai liku-liku perjuangan rakyat Palestin dan juga memberi kesedaran bertapa bersyukurnya mahasiswa hidup di Malaysia yang tidak terlibat dengan kancah peperangan

2
Program Kembara Ilmu :
Sains dari Perspektif Islam dan Al-Quran
Auditorium FPE
&
DSM
9 Mac 2013
Membantu para pelajar menjadi mahasiswayang lebih memahami perkaitan antara sains dan islam yang mana ia tidak dapat dipisahkan.Selain itu, program ini juga bertujuan supaya mahasiswa mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan dalam islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke hari ini.

3
Program BioRun
Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir
Mac/April
Melahirkan mahasiswa yang cergas minda dah sihat tubuh badan disamping memelihara alam sekitar.


4
Program Mount Tahan Expedition Challenge (MTEC 2013)
Gunung Tahan, Pahang
6-12 April 2013

Untuk meneroka khazanah alam puncak tertinggi Semenanjung Malaysia yang mana hasil penerokaan akan didokumentasikan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan orang awam tentang nilai dan kepentingan biodiversiti negara serta isu-isu yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusannya.



5
Program Konvensyen Biologi 2013
Auditorium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak
19-12 April 2013
Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) ini ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa tentang perkembangan ilmu biologi, kepentingannya terhadap dunia pada era kini dan akan datang serta potensi pekerjaan di pasaran yang dikhususkan kepada mahasiswa biologi.
6
Majlis Makan Malam Tahunan JasBio
Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam
17 Mei 2013
Majlis ini adalah merupakan satu medium untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara umumnya dan para pelajar Jabatan Sains Biologi secara khususnya, sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, ia akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara langsung untuk program-program yang akan dijalankan.

Explore The Nature Camp (Update)






Pada 9 November 2012 sehingga 10 November 2012, kelab BIOSIS telah mengadakan perkhemahan di Taman Negara, Jerantut, Pahang. Program ini yang diberi tajuk Explore The Nature sesuai dengan penerokaan flora dan fauna. Program ini adalah kerjasama bersama Taman Negara Pahang, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu.

Program Explore the Nature diadakan adalah berdasarkan keprihatinan terhadap kepentingan alam sekitar, mengetahui cara kehidupan orang asli dan memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa. Program ini turut disertai Dr. Andrew anak Ngadin dan 33 orang peserta daripada ahli kelab BIOSIS.






Berikut merupakan agenda yang berlaku sepanjang program :



i. Hari Pertama – 9.11.2012

Pada jam 7.15 pagi semua peserta telah berkumpul di Dataran Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk pendaftaran. Seramai 33 orang peserta termasuk AJK dan seorang pengiring iaitu Dr. Andrew Anak Ngadin telah menyertai program ini. Bas bertolak pada jam 8.00 pagi ke Taman Negara Pahang, Jerantut, Pahang dan tiba di Taman Negara Pahang jam 4.15 petang. Semua peserta disambut baik oleh pihak agensi serta Taman Negara Pahang. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan dan taklimat keselamatan serta penerangan aktiviti program oleh Encik Rasdan, Pengerusi Danz Travel & Adventure Sdn.Bhd di tapak perkhemahan ESMOKHAFA. Aktiviti ditangguhkan sementara bagi menunaikan solat maghrib dan program diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada tiga yang di anggotai seramai 11 orang peserta. Setiap kumpulan diketuai oleh pemandu pelancong supaya keselamatan setiap ahli terjaga. Aktiviti yang pertama ialah ‘river crossing’ serta pendaftaran permit masuk ke Taman Negara Pahang. Seterusnya, pada jam 9.00 malam tayangan video mengenai Taman Negara Pahang dipaparkan sebagai pengenalan awal kepada peserta. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan ‘night walk’ dimana aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau serangga-serangga yang aktif di waktu malam seperti ulat gonggok hutan, kala kengking dan sebagainya. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau haiwan yang aktif pada waktu malam namun para peserta tiada peluang untuk melihat haiwan-haiwan tersebut. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.00 malam.


ii. Hari kedua- 10.11.2012

Sarapan pagi pada jam 7.00 pagi dan peserta berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu pada jam 8.00 pagi. Aktiviti lasak yang pertama dilakukan pada hari tersebut ialah ‘jungle trekking’ di Bukit Terisek dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Kemudian, pada jam 12.00 tengahari akitiviti ‘canopy walk’ sepanjang 280m dijalankan dan berakhir pada jam 1.00 petang untuk beri ruang kepada para peserta untuk makan tengahari. Aktiviti diteruskan lagi, dengan merentasi sungai ke perkampungan orang asli kaum Batek di Taman Negara Pahang dengan menaiki bot pada jam 3.00 petang. Aktiviti yang lebih mencabar stamina para peserta di teruskan lagi dengan ‘rapids shooting’ dimana para peserta berpeluang melalui arus air yang deras dan berliku. Pada jam 3.30 petang, para peserta dibawa untuk melihat demostrasi penggunaan sumpit dan nyalaan api menggunakan geseran kayu rotan dan kayu meranti. Selepas itu, para peserta dibawa melawat seluruh perkampungan orang asli oleh pemandu pelancong. Para peserta berkesempatan beramah mesra dengan penduduk orang asli di situ. Para peserta seterusnya di bawa ke tapak perkhemahan untuk mengemas khemah. Aktiviti tamat pada jam 7.00 petang. Para peserta mula berkumpul di dalam bas untuk pulang ke UMT pada jam 8.00 malam selepas makan petang dan solat maghrib. Para peserta serta pengiring selamat tiba di UMT pada jam 4.15 pagi keesokan harinya.


Secara konklusinya, aktiviti yang dilakukan tidak membebankan para peserta dan tiada kecederaan berlaku. Program yang dilakukan mengikut tentatif yang telah disediakan. Peralatan yang disediakan mencukupi. Selain itu, jutaan terima kasih di tujukan kepada semua pihak Taman Negara Pahang atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program dijalankan.

Khamis, November 08, 2012

Explore The Nature Camp. 2012


Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua.
InsyaAllah esok, seramai 33 orang ahli BIOSIS bersama dengan Dr Andrew anak Ngadin akan bertolak ke Taman Negara, Jerantut Pahang. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik serta kesemua aktiviti berjalan lancar. Bagi yang pulang ke kampung halaman, kirim salam BIOSIS kepada keluarga anda dan bagi yang tinggal di UMT, jangan bersedih terutama student tahun 3, FYP. 


Tentatif Program




EXPLORE THE NATURE CAMP. 2012


content top