content top
Memaparkan catatan dengan label About Us. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About Us. Papar semua catatan

Jumaat, September 20, 2013

Tautan Kasih BIOSIS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih BIOSIS 2013 pada 20/9/2013. Program yang berlangsung sepanjang hari itu telah disertai oleh siswa-siswi tahun 1,2 dan 3 Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terenggan (UMT). Program ini dijalankan di Kompleks Kuliah, Pusat Pendidikan Digital Sultanah Nur Zahirah dan juga di sekitar kampus.


Objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar-pelajar baru, pensyarah dan pelajar tahun 2 dan 3 yang bertepatan dengan temanya iaitu Kasih bertaut, ukhwah terjalin. Di samping memberikan pendedahan mengenai kelab BIOSIS kepada pelajar-pelajar baru. Perasmian program Tautan Kasih dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Madya. Dr. Mariam binti Taib.

ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Mariam binti Taib

penyampaian cenderahati daripada pengarah program


Antara agenda yang dilaksanakan dalam program Tautan Kasih kali ini adalah pengenalan kepada kelab BIOSIS, Latihan dalam kumpulan bersama pembimbing siswa, explorace dan sejenak bersama mantan presiden BIOSIS sesi 2012/2013, Muhammad Firdaus bin Musa. Beliau memberikan pengisian mengenai kerjaya pada masa hadapan dan persediaan dalam menghadapi temuduga. Banyak sekali info yang diterima oleh siswa-siswi BIOSIS. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian tersebut.

bersemangat adik-adik BIOSIS!

LDK

Explorace



Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar baru. Harapan kami daripada team BIOSIS semoga anda terus maju dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang siswa-siswi yang masih dalam proses membiasakan diri di alam kampus. Ciptakan kecemerlangan anda di UMT!


Jutaan terima kasih kepada AJK pelakana Program Tautan Kasih BIOSIS 2013. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan atau tidak. Semoga program pertama untuk sesi kali ini menjadi titik permulaan kejayaan kelab BIOSIS. Tahniah!

Kasih bertaut, ukhwah terjalin.



"syabas dan tahniah kepada ajk pelaksana program tautan kasih 2013.. 
Terima Kasih kepada mereka2 yang membantu melancarkan program sama ada secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan usaha kita membentuk ukhwah akan terlaksana dan biarlah ianya berpanjangan. 
Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Sekian dari saya
Mantan Ajk Peralatan
Tautan Kasih 2012




Rabu, September 18, 2013

Organisasi Induk Badan Pelajar Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) 2013/2014




STRUKTUR ORGANISASI INDUK BADAN PELAJAR

GABUNGAN MAHASISWA BIOLOGI (BIOSIS) SESI 2013/2014


Majlis Organisasi Tertinggi

Penaung: 
Prof Dr. Ibrahim bin Komoo

Penasihat:
Dr. Andrew anak Ngadin
Dr. Wan Bayani binti Wan Omar

Presiden:
Muhammad Sufihuddin bin Shamsuddin

Timbalan Presiden I:
Muhammad Salehan bin Zahari

Timbalan Presiden II:
Muhammad Amirul Shafiq bin Abdullah

Setiausaha:
Nor Hayati binti Che Ajid

Timbalan Setiausaha:
Nurul Athira binti Sulaiman

Bendahari:
Farah Wahida binti Mohd Sabri

Timbalan bendahari:
Anis Adeebah binti Ahmad

Ecxo/Senator:

Exco Multimedia dan Komunikasi Semasa
Mohammad Nazrin bin Ishak
Nur Syahirah binti Wahab
Nor Shahirah binti Muharim Alam Shah
Tan Celina

Exco Sijil dan Laporan
Noor Shahirah binti Mohd Ibrahim
Nur Shahirah binti Mohd Nor

Exco Sukan dan Rekreasi
Muhammad Ariff bin Zol
Nik Siti Aishah binti Nik Abdul Shukor

Exco Akademik, Kerjaya dan Pembimbing Siswa
Muhammad Lutfi bin Daud
Mohamad Ameer Bukhqari bin Mohamad Nor

Exco Perhubungan Luar dan Alumni
Siti Aishah binti Othman
Nurfarhana binti Rosli

Exco Keusahawanan dan Aset
Haslizah Hudani binti Hashim
Nur Shahirah binti Mohd Yusuf

Exco Kerohanian, Kebajikan dan Kesihatan
Muhammad Syahrul Ikhwan bin Seri Buana
Nur Athirah binti Mohamad Zaini

Exco Jurnalis
Muhamad Muzammil bin Abd Halim Shah
Fatimah Nor Fatihah binti Mohamad


Semoga badan kepimpinan sesi 2013/2014 dapat berganding bahu dalam memartabatkan kelab BIOSIS dan mengendalikan program-program yang dirancang dengan jayanya. Sekian.





Selasa, Mac 12, 2013

Perancangan untuk Semester 2 2012/2013

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Yang Esa semester 1 telah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi para pelajar akan memasuki Semester 2 2012/2013. Mudah-mudahan semester yang akan datang memberi lebih banyak kemajuan untuk semua. Selain itu, semoga perancangan untuk semester 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Maka, komitmen daripada setiap ahli kelab biosis sangat digalakkan.

Perancangan Kelab Biosis untuk Semester 2 turut disertakan di sini.

Bil.
Program
Tempat
Tarikh
Objektif
1
Progam Malam Palestin di Hatiku
Auditorium FPE
8 Mac 2013
Program Malam Palestin di Hatiku bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai liku-liku perjuangan rakyat Palestin dan juga memberi kesedaran bertapa bersyukurnya mahasiswa hidup di Malaysia yang tidak terlibat dengan kancah peperangan

2
Program Kembara Ilmu :
Sains dari Perspektif Islam dan Al-Quran
Auditorium FPE
&
DSM
9 Mac 2013
Membantu para pelajar menjadi mahasiswa yang lebih memahami perkaitan antara sains dan islam yang mana ia tidak dapat dipisahkan. Selain itu, program ini juga bertujuan supaya mahasiswa mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan dalam islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke hari ini.

3
Program BioRun
Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir
Mac/April
Melahirkan mahasiswa yang cergas   minda dah sihat tubuh badan disamping memelihara alam sekitar.


4
Program Mount Tahan Expedition Challenge (MTEC 2013)
Gunung Tahan, Pahang
6-12 April 2013

Untuk meneroka khazanah alam puncak tertinggi Semenanjung Malaysia yang mana hasil penerokaan akan didokumentasikan untuk memberi kesedaran kepada   mahasiswa dan orang awam tentang nilai dan kepentingan biodiversiti negara serta isu-isu yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusannya.



5
Program Konvensyen Biologi 2013
Auditorium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak
19-12 April 2013
Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) ini ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa tentang perkembangan ilmu biologi, kepentingannya terhadap dunia pada era kini dan akan datang serta potensi pekerjaan di pasaran yang dikhususkan kepada mahasiswa biologi.
6
Majlis Makan Malam Tahunan JasBio
Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam
17 Mei 2013
Majlis ini adalah merupakan satu medium untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara umumnya dan para pelajar Jabatan Sains Biologi secara khususnya, sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, ia akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara langsung untuk program-program yang akan dijalankan.




Jumaat, Oktober 05, 2012

Latar Belakang BIOSIS UMT




Sejarah Penubuhan Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) 

Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) ditubuhkan pada 13 April 2012 (Rabu) pada pukul 10 malam bertempat di Kompleks Kuliah 3 ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Kelab Jabatan Sains Biologi (JASBIO). Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) merupakan satu organisasi yang menggabungkan dua buah kelab akademik di bawah Jabatan Sains Biologi iaitu Kelab Double Helix (Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)) dan Kelab Biodiversiti (Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)).

Penggabungan ini adalah selaras dengan saranan daripada TNC Hepa, Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim dan juga daripada Ketua Jabatan Sains Biologi (JASBIO), Dr. Faridah binti Mohamad iaitu bagi melaksanakan rancangan ‘1 Jabatan 1 Kelab’ seperti HIMMAT (gabungan dua jurusan matematik) dan Kelab Kemahasiswaan Kimia (gabungan dua jurusan kimia). Saranan ini diadakan kerana melihat kepada masa hadapan universiti sendiri yang bakal berkembang pesat dengan pertambahan jurusan baru bagi setiap fakulti dan jabatan, seperti penambahan jurusan Bio Molekul di bawah Jabatan Sains Biologi sendiri pada masa akan datang. Jadi, adalah sesuatu yang kurang relevan sekiranya terdapat tiga atau pun lebih kelab di bawah satu jabatan sedangkan matlamat adalah hampir sama.

Sebagai mana di Universiti Sains Malaysia (USM), di bawah Jabatan Sains Biologi USM, terdapat satu kelab akademik yang dipanggil BioSociety yang mana menggabungkan sembilan jurusan yang berbeza seperti Botani, Biologi dan sebagainya. Justeru program-program seperti kesedaran Alam Sekitar, Bioteknologi dapat dirasai oleh semua ahli kelab di bawah jabatan yang sama tanpa mengira jurusan. Dan dalam jangka masa yang panjang, tidak mustahil UMT juga akan memiliki 9 jurusan di bawah 1 jabatan. Oleh itu, Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) dilihat sebagai satu penggabungan yang efektif dan memberi faedah yang besar pada masa hadapan di samping sebagai satu peluang untuk bertukar pandangan dan cara pemikiran antara Jurusan Sains Biologi dan Biodiversiti.

Gabungan Mahasiswa Biologi dan juga singkatannya, BIOSIS adalah nama yang dipilih oleh ketua Jabatan Sains Biologi, pensyarah serta penasihat Kelab Double Helix (Cik Norasmah Basari) dan Kelab Biodiversiti (En Ahmad Farid Abdul Fuad) berdasarkan senarai nama kelab yang telah diberi oleh Majlis Tertinggi Kelab Biodiversiti dan Kelab Double Helix sebelum itu. Manakala logo BIOSIS telah dipilih berdasarkan undian majoriti daripada kalangan pelajar Sains Biologi, Biodiversiti dan juga kalangan pensyarah. Perasmian logo rasmi BIOSIS telah diadakan pada 6 Disember 2011 bersempena dengan Majlis Bersama Pembimbing Siswa 2011 di foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.

Susur Galur Asal Usul Nama BIOSIS 

Nama BIOSIS, singkatan bagi Biologi Siswa Siswi, adalah merupakan ilham salah seorang Majlis Tertinggi Kelab Double Helix sesi 2010/2011, saudara Fong Kong Wing yang bermaksud ‘Life’ ataupun Kehidupan. Manakala menurut bahasa Greek, bíōsis bersamaan dengan biō- (untuk hidup) dan –sis (perbandingan) seperti perkataan anabiosis, simbiosis dan sebagainya. Pada asalnya, nama BIOSIS adalah nama kumpulan saudara Wing untuk subjek Biologi Perkembangan (diajar oleh Dr Chong Ju Lian) bagi mendapatkan kedudukan yang paling strategik di dalam makmal. Kumpulan Biosis ketika itu membariskan 8 orang ahli iaitu Fong Kong Wing, Mohamad Haris (Presiden Pertama BIOSIS), Nurshuhaina, Asyikin, Nadzaty Asima, Hidayah, Fatin Syahirah, dan Rozaireen. Kemudian, nama BIOSIS ini telah dicadangkan di dalam pemilihan nama kelab untuk diberi kepada ketua jabatan. Dan akhirnya, Biologi Siswa Siswi telah dikembangkan menjadi Gabungan Mahasiswa Biologi tanpa mengubah singkatannya, BIOSIS.

content top