content top
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 08, 2014

RUN FOR GREEN!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas satu lagi pencapaian dalam kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) bersama kelab EnTech Universiti Malaysia Terengganu atas kerjasama dalam menganjurkan GREEN RUN 2014. Program ini diadakan pada hari semalam, 8 Mac 2014 bertempat di kompleks sukan UMT.

Untuk pengetahuan semua, jarak larian adalah sepanjang 8.7 km. 30 orang peserta terawal akan diberikan hadiah. Seawal jam 6.30 pagi, para peserta sudah tiba di tempat berkumpul untuk memudahkan lagi kelancaran program.

Berikut adalah turutan aktiviti sepanjang GREEN RUN 2014:

6.30 PAGI : PARA PESERTA MULA BERKUMPUL DI HADAPAN ASTAKA KOMPLEKS SUKAN.
7.00 PAGI : ACARA SENAMAN AEROBIK
7.30 PAGI : PESERTA AKAN BERKUMPUL DI GARISAN PERMULAAN. 
- PESERTA LELAKI AKAN DILEPASKAN DAHULU. DIIKUTI PESERTA PEREMPUAN
11.00 PAGI : PESERTA DIJANGKA MENAMATKAN LARIAN.
11.20 PAGI : PESERTA AKAN DIBERIKAN MAKANAN DAN MINUMAN.
11.30 PAGI : MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN GREENRUN
- UCAPAN DARIPADA PENGARAH PROGRAM
- UCAPAN DARIPADA PERASMI PROGRAM PROF IR. AHMAD JUSOH
- PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA
- ACARA CABUTAN BERTUAH







Program ini telah berjaya mencapai seramai 600 orang peserta daripada pelbagai program di UMT. Penglibatan secara sihat oleh siswa-siswi UMT sangat digalakkan di samping mengeratkan silaturahim. Program seperti ini juga dapat mendidik minda dan diri untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, benarlah peribahasa 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat' dan 'bersatu teguh, bercerai roboh', dengan kerjasama yang cukup erat antara kedua-dua kelab telah menambahkan lagi nilai program GREEN RUN pada tahun ini.

Akhirkata, syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana GREEN RUN 2014 atas pencapaian anda semua. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. TAHNIAH juga kepada para peserta yang berjaya menamatkan larian dengan jayanya.

RUN FOR GREEN

acara senaman aerobik

para peserta melakukan senam aerobik

larian bermula!

larian..

R n R sebentar di laluan larian

SYABAS DAN TAHNIAH!



Jumaat, Disember 20, 2013

Lawatan ke Rumah Amal Baitul Sakinah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menganjurkan lawatan ke Rumah Amal Baitul Sakinah cawangan Kuala Terengganu pada hari ini, 20 Disember 2013.


Pelbagai aktiviti diadakan bersama-sama para penghuni rumah Baitul Amal di sana. Di sini, para fasilitator dapat bersama-sama meluangkan masa dan pengalaman bersama mereka. Alhamdulillah, banyak nilai yang diperoleh yang dapat dikecapi bersama-sama. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli BIOSIS itu sendiri. 

Syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana program atas kejayaan merencana program ini. Semoga BIOSIS dapat meneruskan lagi lawatan seperti ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, setiap berlaku dalam kehidupan ada hikmahnya untuk kita mengambil pengajaran dan memikirkannya. 





Sabtu, Disember 07, 2013

Kembara Ilmu Wahyu Sains, Keagungan Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Masihkah anda ingat dengan Kembara Ilmu musim pertama? Pelbagai persoalan mengenai sains dan wahyu terjawab.
 Agenda pada musim pertama amat menarik.

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)


Alhamdulillah, pada 7 Disember 2013, Kelab Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu sekali lagi telah menganjurkan Kembara Ilmu Musim Kedua bertemakan Wahyu Sains, Keagungan Tuhan. Auditorium Mahyuddin menjadi lokasi BIOSIS selama dua tahun berturut-turut melaksanakan program ini. 

Kembara Ilmu kali ini tidak kurang hebatnya dengan Kembara Ilmu musim pertama. Aktiviti yang direncanakan cukup mengujakan dan mampu membuka minda mahasiswa-mahasiswi. Dua slot yang difokuskan dalam Kembara Ilmu musim kedua ialah Running Iman dan Malam Wacana Perdana.
Kedua-dua slot mendapat sambutan daripada para pelajar. Menariknya Kembara Ilmu kali ini adalah jemputan khas daripada Dr. Danial Zainal Abidin yang mempunya ilmu pengetahuan yang cukup luas. Banyak input yang dapat dikongsi bersama beliau. 

Dr. Danial Zainal Abidin sedang menyampaikan ceramah.

"Mengaji dan mengkaji al-Quran"
kata Dr. Danial.


Alhamdulillah, Kembara Ilmu musim kedua telah berjaya dengan jayanya. Harapan daripada BIOSIS dalam melaksanakan program ini adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang program berkaitan sains dan islam yang sangat berkait rapat. Semoga objektif tersebut berjaya dicapai oleh semua yang menyertai, insya-Allah.

Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana program. Tahniah dan syabas diucapkan.



AJK Pelaksana
AJK Pelaksana





Jumaat, September 20, 2013

Tautan Kasih BIOSIS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih BIOSIS 2013 pada 20/9/2013. Program yang berlangsung sepanjang hari itu telah disertai oleh siswa-siswi tahun 1,2 dan 3 Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terenggan (UMT). Program ini dijalankan di Kompleks Kuliah, Pusat Pendidikan Digital Sultanah Nur Zahirah dan juga di sekitar kampus.


Objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar-pelajar baru, pensyarah dan pelajar tahun 2 dan 3 yang bertepatan dengan temanya iaitu Kasih bertaut, ukhwah terjalin. Di samping memberikan pendedahan mengenai kelab BIOSIS kepada pelajar-pelajar baru. Perasmian program Tautan Kasih dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Madya. Dr. Mariam binti Taib.

ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Mariam binti Taib

penyampaian cenderahati daripada pengarah program


Antara agenda yang dilaksanakan dalam program Tautan Kasih kali ini adalah pengenalan kepada kelab BIOSIS, Latihan dalam kumpulan bersama pembimbing siswa, explorace dan sejenak bersama mantan presiden BIOSIS sesi 2012/2013, Muhammad Firdaus bin Musa. Beliau memberikan pengisian mengenai kerjaya pada masa hadapan dan persediaan dalam menghadapi temuduga. Banyak sekali info yang diterima oleh siswa-siswi BIOSIS. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian tersebut.

bersemangat adik-adik BIOSIS!

LDK

Explorace



Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar baru. Harapan kami daripada team BIOSIS semoga anda terus maju dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang siswa-siswi yang masih dalam proses membiasakan diri di alam kampus. Ciptakan kecemerlangan anda di UMT!


Jutaan terima kasih kepada AJK pelakana Program Tautan Kasih BIOSIS 2013. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan atau tidak. Semoga program pertama untuk sesi kali ini menjadi titik permulaan kejayaan kelab BIOSIS. Tahniah!

Kasih bertaut, ukhwah terjalin.



"syabas dan tahniah kepada ajk pelaksana program tautan kasih 2013.. 
Terima Kasih kepada mereka2 yang membantu melancarkan program sama ada secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan usaha kita membentuk ukhwah akan terlaksana dan biarlah ianya berpanjangan. 
Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Sekian dari saya
Mantan Ajk Peralatan
Tautan Kasih 2012




Jumaat, September 06, 2013

Mari Berbudaya Setiu dalam Malaysian Book of Records

Satu lagi kejayaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya apabila kolaj batik terbesar telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama 400 orang pelajar di program Mari Berbudaya Setiu di Setiu, Terengganu. Program Mari Berbudaya Setiu telah  disertai oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kolej Bestari dan Institut Teknologi Petroleum Petronas, sekolah-sekolah menengah sekitar Setiu dan juga 24 Youth Volunteer Programme (AVYP).

Kolaj batik terbesar


Kolaj yang berukuran 8.5 meter x 8.5 meter telah dibuat semasa agenda Kenali Setiu dan Program Berbudaya Setiu yang telah diorganisasikan oleh Green Group dan Penarik Inn.

Mantan Presiden BIOSIS menyampaikan ucapan mewakili seluruh universiti yang terlibat

Pengarah program, Nor Adlin Mohd Said berkata bahawa hanya sejam masa yang diambilkan untuk para peserta untuk mewarnakan 784 bidang batik sebelum menghasilkan sebuah kolaj yang cantik.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya warisan Setiu kepada orang ramai. Setiu merupakan sebuah tempat yang kaya dengan budaya.

Turut tidak ketinggalan, warga ahli BIOSIS turut bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan penglibatan generasi muda dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Syabas dan tahniah!

Sabtu, Mei 18, 2013

Hari Sukan BIOSIS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya program BIOSPORT Day ( Hari Sukan BIOSIS 2013 ) yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada hari khamis ( 16/05/13) sehingga hari jumaat semalam  ( 17/05/13) telah berakhir dengan jayanya. Berikut adalah keputusan perlawanan mengikut tahun dan program bagi setiap kategori sukan yang dipertandingkan. Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai pertandingan ini dan juga tidak lupa kepada semua warga BIOSIS yang turut bersama-sama menjayakan program Hari Sukan BIOSIS 2013 .

 (1) Futsal

 (a) Lelaki
 Johan – Sains Biology tahun 2
Naib Johan - Biodiversity tahun 2
Ketiga – Sains Biology tahun 1

(b) Perempuan
 Johan - Sains Biology tahun 3
Naib Johan - Biodiversity tahun 3

 (2) Bola Jaring
 Johan - Sains Biology tahun 2
Naib Johan - Biodiversity tahun 2
Ketiga - Sains Biology tahun 1

 (3) Bola Keranjang

 (a) Lelaki
Johan - Biodiversity tahun 3
Naib Johan - Sains Biology tahun 2
Ketiga - Biodiversity tahun 2

 (b) Perempuan
 Johan - Sains Biology tahun 2
Naib Johan - Biodiversity tahun 3
 Ketiga - Biodiversity tahun 2

 (4) Bola Tampar

 (a) Lelaki
 Johan - Sains Biology tahun 2
Naib Johan - Biodiversity tahun 2
Ketiga - Biodiversity tahun 3

(b) Perempuan
 Johan - Biodiversity tahun 1
Naib Johan - Biodiversity tahun 2
Ketiga - Biodiversity tahun 3

Ahad, Mei 12, 2013

Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan sains Biologi 2012/2013



Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya, BIOSIS telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi 2012/2013. Majlis yang berlangsung pada 11 Mei 2013 yang bertempat di Hotel Pantai Primula adalah bawah pelaksanaan jawatankuasa pelajar Tahun 1 Jabatan Sains Biologi. Majlis yang bertemakan Elegant Colour Block berjaya memeriahkan suasana dengan pemakaian yang cantik-cantik dan berwarna-warni dalam kalangan pelajar.







Majls Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi adalah salah satu program yang melibatkan semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti).

 Program ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim antara pelajar dengan pensyarah Jabatan Sains Biologi. Bukan itu sahaja, majlis ini juga merupakan satu medium untuk memupukm semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara amnya dan para pelajar jabatan Sains Biologi secara khususnya. Majlis ini juga dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara tidak langsung untuk program-program yang akan datang.

Barisan MT dan ajk yang terlibat
Kegembiraan terpancar daripada wajah pelajar tahun akhir


Jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana Majlis Makan Malam pada kali ini. Semoga ukhwah yang terbina akan bertambah erat hendaknya. Mudah-mudahan pelbagai program lagi boleh dilaksanakan pada masa akan datang! Maju BIOSIS!









Jumaat, Mei 03, 2013

Mount Tahan Expedition Challenge 2013

Kelab BIOSIS telah menganjurkan aktiviti Mount Tahan Expedition Challenge 2013 di Gunung Tahan, Pahang pada 6 sehingga 12 April 2013. Program ini merupakan kerjasama BIOSIS bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) Universiti Malaysia Terengganu. Program ini disertai dengan 2 orang daripada Malaysia Nature Society dan 10 orang warga BIOSIS.


  Latar belakang program adalah seperti berikut:

a)            Menambahkan pengetahuan tentang alam seperti zoologi, botani, geologi, topografi dan arkeologi. Oleh yang demikian, ekspedisi ini bukan sahaja bertujuan mendaki gunung, tetapi di akhir pogram ini peserta akan memperolehi pengalaman bahkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

b)           Semasa ekpedisi ini dijalankan, satu dokumentari akan dijalankan yang meliputi segala aspek ekspedisi dari segi rupa bentuk dan struktur Gunung Tahan, khazanah alam yang terdapat di sekitar Gunung Tahan dan sesi penerangan oleh wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput khas bagi menyampaikan penerangan semasa ekspedisi ini berlangsung. Dokumentari akan dilakukan sepenuhnya oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Unit Multimedia, Web dan Produksi UMT.

c)      Selain dari itu, program ini diharap dapat merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli BIOSIS, menanam nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah seperti cintakan alam semulajadi dan membina semangat setiakawan dan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Ini merupakan salah satu usaha berterusan bagi merapatkan jurang perbezaan di antara mahasiswa berlainan jurusan di bawah Jabatan Sains Biologi semenjak penggabungan Kelab Double Helix dan Kelab Biodiversiti menjadi Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS).


Ketua ekspedisi selaku pengarah MTEC




                  Program ‘Mount Tahan Expedition Challenges 2013’ ini diadakan sebagai salah satu di antara usaha ke arah pembangunan pelajar bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah, tetapi termasuk kesediaan fizikal dan mental untuk cabaran di masa hadapan. Memandangkan program seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan dengan kerjasama Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan, hasil dokumentari program ini akan ditayangkan sewaktu Program Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) seminggu sejurus ekspedisi ini berakhir. Pengisian program yang amat sinonim dengan aspirasi program-program pengajian di bawah Jabatan Sains Biologi diharap mencapai objektif utama kelab yang ingin dilaksanakan.


       Program ini telah dapat mencapai matlamatnya dan dilaksanakan seperti yang dirancangkan demi untuk merealisasikan objektif kelab dan objektif Universiti Malaysia Terengganu.




Sabtu, April 20, 2013

BIOLOGY CONVENTION (BIOCON) 2013 - Preserve Nature, Live Better









Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya program Biology Convention (BIOCON) 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. BIOCON 2013 merupakan program tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi(BIOSIS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Bersesuaian dengan temanya 'Preserve Nature, Live Better' , BIOCON menganjurkan dua acara iaitu Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu dan Pembentangan Saintifik dan Forum. Tempat BIOCON ialah di Auditorium 2 Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. BIOCON dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 April 2013.

BIOCON dirasmikan oleh Dr. Mariam binti Taib selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu.
Pada 19 April 2013 diadakan Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu.

Lima ceramah yang disampaikan oleh para penyampai yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya.
Berikut merupakan ceramah yang dijalankan pada hari pertama:

1. Latest Technology in Biotechnology Field and its Application in Life Sciences yang disampaikan oleh Professor Dr. Maziah binti Mahmood (Universiti Putra Malaysia)
2. Beauty and the Bush: An overview of Plant Biodiversity in Beach Ridges Ecosystems of Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Jamilah binti Mohd Salim (UMT)
3. People and Biodiversity: Challenges and Oppurtunities yang disampaikan oleh Dr. Jarina binti Mohamad Jani (Institute Oceonography, UMT)
4. Green Sustainable Development: Why We Need to Act Now? yang disampaikan oleh Miss Amanda Biken Tass
5. Prospect of Biotechnology Study in France yang disampaikan oleh Walid Bourguiba



Ceramah daripada Dr. Jarina
'Serve Your Need, Not Your Greed'

BIOCON kali ini turut diserikan dengan pameran daripada warga BIOSIS. Pameran daripada pelajar Tahun 1 (Flora, Fauna dan ATPase) telah berjaya menarik perhatian para pengunjung. Kelab Reptilia Terengganu dan Kelab Arnab Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjayakan pameran di sini. Pelbagai pengetahuan yang berguna dapat diambil di pameran BIOCON.



Arnab yang sangat jinak


Pameran



Pada 20 April 2013 pula diadakan acara Pembentangan Saintifik dan Forum.
Pembentangan Saintifik diadili oleh beberapa juri yang tidak kurang hebatnya. Antara pengadil pertandingan ialah:
-Professor Dr. Maziah binti Mahmood
-Dr. Jarina Mohd Jani
-Dr. Andrew Anak Ngadin
-Dr. Wan Bayani binti Wan Omar
-Dr. Han Kwai Hin (WWF, Biotech Co.BioMarketing Inc.etc)

Antara barisan juri

Pembentangan Saintifik daripada para peserta sangat memberikan input yang menarik dan mengujakan para hadirin. Pembentangan ini juga dapat membuka minda para peserta khususnya pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk mereka lebih bersedia bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).




Sesi petang pula diadakan Forum yang bertajuk Career Prospect in Biological Field and Biodiversity Management: Preparation and Challenges.
Moderator untuk forum ini ialah Prof Madya Dr. Noraznawati binti Ismail (UMT). Manakala, tiga orang panel pula ialah Prof Madya Dr. Aziz bin Ahmad, Dr. Han Kwai Hin (WWF) dan Encik Mohd Yazid (MNS).
Banyak pengisian yang diperoleh oleh para peserta dan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat.
Antara pesanan yang amat penting untuk ingatan kita bersama adalah dari sikap dan niat kita dalam menuntut ilmu. Utamakan yang paling utama.

Forum

Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Dr. Faridah binti Mohamad selaku Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam pembentangan saintifik.

Anugerah Penbentang Terbaik : Vikneswaran a/l Muthu, Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah Pembentangan Terbaik : Harris Hanafi bin Hussin, Universiti Malaysia Terengganu
Anugerah Program Berpotensi Tinggi : Mohamad Firdaus bin Musa, Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Program Berpotensi Tinggi

Jutaan terima kasih kepada Pengarah Program BIOCON 2013, Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan BIOCON 2013. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir kalam, semoga BIOSIS UMT akan lebih maju pada masa akan datang. Mudah-mudahan program seperti ini dapat dianjurkan oleh BIOSIS lagi untuk memartabatkan sains dalam kehidupan kita.








Jumaat, Mac 22, 2013

EARTH HOUR 2013!!!






EARTH HOUR merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia ( WWF ) . Projek ini telah dimulakan pada tahun 2007 di Sydney, Australia dan seterusnya mendapat sokongan dunia .






 Pada asalnya Earth Hour adalah satu program yang kecil dan hanya muncul di satu akhbar tempatan untuk mendapatkan perhatian di Sydney, Australia . Tetapi perihal projek ini telah cepat tersebar dan kini menjadi satu acara global tahunan di kebanyakan Negara di seluruh dunia .

 Malaysia juga turut bersama-sama menyertai projek Earth Hour bermula sekitar 2 tahun lepas dan nampaknya semakin bertambah organisasi-organisasi , syarikat korporat dan pusat membeli belah yang mengambil bahagian dalam projek ini pada tahun ini.

 IPTA dan IPTS juga tidak terkecuali mengambil bahagian dalam projek Earth Hour ini . Sehubungan dengan itu, para penghuni asrama UMT digalakkan menutup semua lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran keatas perubahan iklim.


 EARTH HOUR 2013 akan diadakan pada 23 MARCH 2013, SABTU pada jam 8.30 p.m - 9.30 p.m Marilah kita bergelap bersama dalam menjayakan projek Earth Hour .

Ahad, Mac 17, 2013

BIOLOGY CONVENTION 2013 AKAN DATANG!!!


BIOLOGY CONVENTION 2013!!!! (BIOCON 2013)
TARIKH: 19-20 APRIL 2013
TEMPAT: AUDITORIUM 1, KOMPLEKS KULIAH PUSAT, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BAYARAN PENYERTAAN PROGRAM: RM25
*PERCUMA T-SHIRT BIOCON KEPADA SEMUA PESERTA YANG MENDAFTAR
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!
Antaranya:
Pembentangan projek saintifik daripada universiti-universiti seluruh Malaysia, ceramah daripada personaliti-personaliti hebat, forum kerjaya, pameran biologi dan banyak lagi menanti anda.

PENDAFTARAN MULA DIBUKA PADA MINGGU INI!
TEMPAT: KAFETERIA SISWA SHEIKH ABDUL MALIK (KSSAM)
MASA: 9 HINGGA 10 MALAM
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN,SILA HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.




Meneroka Sains dari Perspektif Islam & Al-Quran bersama Kelab BIOSIS UMT & Pusat Islam UMT



Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) dan Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bersama-sama menganjurkan Program KembaraIlmu2013 :SainsdariPerspektif Islam & Al-Quran pada 9 Mac 2013 yang lalu. Program ini telah diadakan di Auditorium Mahyuddin bertempat di Fakulti Pengurusan Ekonomi, UMT yang bertujuan untuk membantu mahasiswa supaya lebih memahami perkaitan antara sains dan Islam, membantu mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli BIOSIS secara khususnya dan mengeratkan ukhwah antara mahasiswa UMT secara umumnya serta memberi pendedahan dan kesedaran bahawa ilmu dan penemuan awal sains bermula daripada umat Islam terdahulu. Program ini juga bertujuan supaya mahasiswa dan mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan dalam Islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke hari ini.

Program Kembara Ilmu mempunyai beberapa aktiviti utama antaranya ‘Kenali Cendekiawan Islam’, ‘Bicara Kalamullah’, ceramah bertajuk ‘Benarkah Alam Bertasbih?’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Fadzil Akhir, ‘Explorace: Menjejak Ilmuan Islam’ yang mana ‘check point’ nya yang terlidiberi nama ‘Shortly Muhammad Says’, Peneman Hidup dan Si Buta Di Bumi Tuhan serta pada sebelah malamnya diadakan acara kemuncak bagi Kembara Ilmu 2013 iaitu forum bertajuk Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam. Antara panel hebat yang telah dijemput untuk mengupas tajuk forum ialah Prof. Dato’ Dr. Yusof Othman (Pengarah Institut Islam Hadhari) dan Ustaz Shauqi Othman (pendakwahbebas, personaliti TV).

            Melalui forum tersebut para hadirin dapat mengetahui tentang perkaitan sains dari perspektif Islam yang mana sebelum ini mahasiswa-mahasiswa hanya didedahkan dan disampaikan ilmu Sains yang dibawa oleh ilmuan Barat. Selain itu, forum tersebut juga telah dapat menjelaskan bahawa fakta-fakta berkaitan sains yang mana para sainstis baru temuinya sekarang sebenarnya telah dinyatakan di dalam al-quran sejak beribu tahun dahulu. Ahli-ahli panel juga telah membuat konklusi bahawa “ Sains tanpa agama, buta.. dan agama tanpa Sains, tempang..”. Diharapkan program ilmiah seperti ini dapat diperbanyakkan lagi agar mahasiswa-mahasiswa dapat membuka minda dan dapat mengkaji Al-Quran yang mana di dalamnya terkandung banyak rahsia, khazanah dan jawapan berkaitan bidang sains yang boleh diterokai.

Para hadirin yang telah hadir ke forum Menyingkap Khazanah Sains bersama Islam

Sesi forum berlangsung

Ahli-ahli MT dan EXCO yang memastikan kelancaran program

Alhamdulillah, antara maklum balas yang kami terima daripada pihak yang menyertai Kembara Ilmu sangat memberi respon yang positif. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Antara maklumbalas yang kami terima:

The speaker was amazing!! Antara yang terbaik setakat ini di UMT!!
Program yang dapat buka minda para peserta, tahniah BIOSIS! 


Selasa, Mac 12, 2013

Kembara Ilmu 2013





barisan Ajk dan EXCO


Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kelab Biosis telah berjaya menganjurkan program Kembara Ilmu 2013 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.

Program yang berkonsepkan sains dan al-Quran yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang sains dari perspektif Islam dan al-Quran. Program yang berlangsung pada 9/Mac/2013 yang diadakan aktiviti-aktiviti sepanjang satu hari. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)

Program ini telah berjaya membuka minda para peserta dan para hadirin. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Program Kembara Ilmu, MT dan EXCO serta AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan program Kembara Ilmu 2013.

Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

content top