content top
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

Jumaat, September 20, 2013

Tautan Kasih BIOSIS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Alhamdulillah, kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih BIOSIS 2013 pada 20/9/2013. Program yang berlangsung sepanjang hari itu telah disertai oleh siswa-siswi tahun 1,2 dan 3 Jabatan Sains Biologi Universiti Malaysia Terenggan (UMT). Program ini dijalankan di Kompleks Kuliah, Pusat Pendidikan Digital Sultanah Nur Zahirah dan juga di sekitar kampus.


Objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar-pelajar baru, pensyarah dan pelajar tahun 2 dan 3 yang bertepatan dengan temanya iaitu Kasih bertaut, ukhwah terjalin. Di samping memberikan pendedahan mengenai kelab BIOSIS kepada pelajar-pelajar baru. Perasmian program Tautan Kasih dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Madya. Dr. Mariam binti Taib.

ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Mariam binti Taib

penyampaian cenderahati daripada pengarah program


Antara agenda yang dilaksanakan dalam program Tautan Kasih kali ini adalah pengenalan kepada kelab BIOSIS, Latihan dalam kumpulan bersama pembimbing siswa, explorace dan sejenak bersama mantan presiden BIOSIS sesi 2012/2013, Muhammad Firdaus bin Musa. Beliau memberikan pengisian mengenai kerjaya pada masa hadapan dan persediaan dalam menghadapi temuduga. Banyak sekali info yang diterima oleh siswa-siswi BIOSIS. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian tersebut.

bersemangat adik-adik BIOSIS!

LDK

Explorace



Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar baru. Harapan kami daripada team BIOSIS semoga anda terus maju dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang siswa-siswi yang masih dalam proses membiasakan diri di alam kampus. Ciptakan kecemerlangan anda di UMT!


Jutaan terima kasih kepada AJK pelakana Program Tautan Kasih BIOSIS 2013. Terima kasih kepada fasilitator yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan atau tidak. Semoga program pertama untuk sesi kali ini menjadi titik permulaan kejayaan kelab BIOSIS. Tahniah!

Kasih bertaut, ukhwah terjalin.



"syabas dan tahniah kepada ajk pelaksana program tautan kasih 2013.. 
Terima Kasih kepada mereka2 yang membantu melancarkan program sama ada secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan usaha kita membentuk ukhwah akan terlaksana dan biarlah ianya berpanjangan. 
Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Sekian dari saya
Mantan Ajk Peralatan
Tautan Kasih 2012




Jumaat, September 06, 2013

Mari Berbudaya Setiu dalam Malaysian Book of Records

Satu lagi kejayaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya apabila kolaj batik terbesar telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama 400 orang pelajar di program Mari Berbudaya Setiu di Setiu, Terengganu. Program Mari Berbudaya Setiu telah  disertai oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kolej Bestari dan Institut Teknologi Petroleum Petronas, sekolah-sekolah menengah sekitar Setiu dan juga 24 Youth Volunteer Programme (AVYP).

Kolaj batik terbesar


Kolaj yang berukuran 8.5 meter x 8.5 meter telah dibuat semasa agenda Kenali Setiu dan Program Berbudaya Setiu yang telah diorganisasikan oleh Green Group dan Penarik Inn.

Mantan Presiden BIOSIS menyampaikan ucapan mewakili seluruh universiti yang terlibat

Pengarah program, Nor Adlin Mohd Said berkata bahawa hanya sejam masa yang diambilkan untuk para peserta untuk mewarnakan 784 bidang batik sebelum menghasilkan sebuah kolaj yang cantik.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya warisan Setiu kepada orang ramai. Setiu merupakan sebuah tempat yang kaya dengan budaya.

Turut tidak ketinggalan, warga ahli BIOSIS turut bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan penglibatan generasi muda dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Syabas dan tahniah!

Sabtu, Jun 01, 2013

Annual Grand Meeting BIOSIS sesi 2012/2013


1 Jun 2013 bertempat di Auditorium 1, Kompleks Kuliah Pusat telah menjadi saksi Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) sesi 2012/2013. Majlis yang sudah tentu disertai oleh warga BIOSIS dan turut dihadiri wakil MPP bagi merasmikan mesyuarat agung ini.

Seperti mana yang diketahui umum, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) merupakan medan untuk membentangkan semua aktiviti dan kewangan yang ada pada sesebuah kelab. Jadi, segala aktiviti yang dijalankan pada sesi lepas telah dibentangkan dengan jayanya. Seterusnya, pada hari ini dilakukan  pembubaran bagi Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2012/2013 telah dilakukan dengan lancarnya.

Seterusnya, majlis pelantikan Majlis Tertinggi BIOSIS bagi sesi 2013/2014 dilaksanakan setelah proses pengundian dijalankan kepada calon-calon Majlis Tertinggi BIOSIS sesi 2013/2014. Proses pengundian telah dirancang sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya BIOSIS (SPRB). Tahniah di atas aturcara proses pengundian berjalan dengan begitu lancar sekali.


Barisan calon Majlis Tertinggi BIOSIS 2013/2014
Majlis Tertinggi sesi 2013/2014
Penyerahan portfolio kepada Presiden sesi 2013/2014

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi 2013/2014 yang baru sahaja dilantik. Tidak lupa juga kepada Majlis Tertinggi 2012/2013 dan warga BIOSIS dalam memartabatkan nama BIOSIS ke peringkat yang lebih tinggi. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha warga BIOSIS selama ini dan akan datang.
Semoga BIOSIS bertambah maju dalam pelbagai bidang dan semakin banyak mencipta nama di pelbagai peringkat sama ada di dalam universiti mahu pun di luar universiti, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.

Ayuh warga BIOSIS! Kita tingkatkan momentum kita dalam melestarikan nama BIOSIS di persada dunia!






Isnin, Mei 27, 2013

AGM ke-3 BIOSIS!

Perhatian kepada warga BIOSIS!!!!

## AGM Ke -3 BIOSIS sesi 2012/2013 ##

1 JUN 2013, SABTU
JAM 1.30 - 5.00 PTG
AUDI 1, KKP
SEMUA AHLI DIWAJIBKAN HADIR, SILA AMBIL MAKLUM...

Bersama-sama kita memartabatkan BIOSIS di persada yang lebih tinggi!!!





Embedded image permalink

Ahad, Mei 12, 2013

Tahniah BIOSIS!



Salam Sejahtera kepada Mahasiswa dan Mahasiswi BIOSIS. 

Syukur dengan izin Tuhan, KELAB KITA BERJAYA MENGONDOL DUA ANUGERAH iaitu Anugerah Program Terbaik Dalam Negara (BIOCON 2012) dan Anugerah Program Terbaik Keseluruhan UMT (BIOCON 2012) daripada 7 Anugerah yang dicalonkan. Terima Kasih pada Semua Kerana Menyokong dan Berdoa untuk BIOSIS. Semoga Kemenangan ini menjadi TITIK SEMANGAT bagi semua utk MEMARTABATKAN KELAB BIOSIS di masa hadapan. 
Sekian






Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan sains Biologi 2012/2013



Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya, BIOSIS telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi 2012/2013. Majlis yang berlangsung pada 11 Mei 2013 yang bertempat di Hotel Pantai Primula adalah bawah pelaksanaan jawatankuasa pelajar Tahun 1 Jabatan Sains Biologi. Majlis yang bertemakan Elegant Colour Block berjaya memeriahkan suasana dengan pemakaian yang cantik-cantik dan berwarna-warni dalam kalangan pelajar.







Majls Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi adalah salah satu program yang melibatkan semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti).

 Program ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim antara pelajar dengan pensyarah Jabatan Sains Biologi. Bukan itu sahaja, majlis ini juga merupakan satu medium untuk memupukm semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara amnya dan para pelajar jabatan Sains Biologi secara khususnya. Majlis ini juga dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara tidak langsung untuk program-program yang akan datang.

Barisan MT dan ajk yang terlibat
Kegembiraan terpancar daripada wajah pelajar tahun akhir


Jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana Majlis Makan Malam pada kali ini. Semoga ukhwah yang terbina akan bertambah erat hendaknya. Mudah-mudahan pelbagai program lagi boleh dilaksanakan pada masa akan datang! Maju BIOSIS!









Sabtu, April 20, 2013

BIOLOGY CONVENTION (BIOCON) 2013 - Preserve Nature, Live Better









Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya program Biology Convention (BIOCON) 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. BIOCON 2013 merupakan program tahunan Gabungan Mahasiswa Biologi(BIOSIS) yang dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Bersesuaian dengan temanya 'Preserve Nature, Live Better' , BIOCON menganjurkan dua acara iaitu Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu dan Pembentangan Saintifik dan Forum. Tempat BIOCON ialah di Auditorium 2 Kompleks Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Terengganu. BIOCON dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 April 2013.

BIOCON dirasmikan oleh Dr. Mariam binti Taib selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu.
Pada 19 April 2013 diadakan Wacana Biologi Universiti Malaysia Terengganu.

Lima ceramah yang disampaikan oleh para penyampai yang begitu tinggi ilmu pengetahuannya.
Berikut merupakan ceramah yang dijalankan pada hari pertama:

1. Latest Technology in Biotechnology Field and its Application in Life Sciences yang disampaikan oleh Professor Dr. Maziah binti Mahmood (Universiti Putra Malaysia)
2. Beauty and the Bush: An overview of Plant Biodiversity in Beach Ridges Ecosystems of Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Jamilah binti Mohd Salim (UMT)
3. People and Biodiversity: Challenges and Oppurtunities yang disampaikan oleh Dr. Jarina binti Mohamad Jani (Institute Oceonography, UMT)
4. Green Sustainable Development: Why We Need to Act Now? yang disampaikan oleh Miss Amanda Biken Tass
5. Prospect of Biotechnology Study in France yang disampaikan oleh Walid Bourguiba



Ceramah daripada Dr. Jarina
'Serve Your Need, Not Your Greed'

BIOCON kali ini turut diserikan dengan pameran daripada warga BIOSIS. Pameran daripada pelajar Tahun 1 (Flora, Fauna dan ATPase) telah berjaya menarik perhatian para pengunjung. Kelab Reptilia Terengganu dan Kelab Arnab Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjayakan pameran di sini. Pelbagai pengetahuan yang berguna dapat diambil di pameran BIOCON.



Arnab yang sangat jinak


Pameran



Pada 20 April 2013 pula diadakan acara Pembentangan Saintifik dan Forum.
Pembentangan Saintifik diadili oleh beberapa juri yang tidak kurang hebatnya. Antara pengadil pertandingan ialah:
-Professor Dr. Maziah binti Mahmood
-Dr. Jarina Mohd Jani
-Dr. Andrew Anak Ngadin
-Dr. Wan Bayani binti Wan Omar
-Dr. Han Kwai Hin (WWF, Biotech Co.BioMarketing Inc.etc)

Antara barisan juri

Pembentangan Saintifik daripada para peserta sangat memberikan input yang menarik dan mengujakan para hadirin. Pembentangan ini juga dapat membuka minda para peserta khususnya pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk mereka lebih bersedia bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).




Sesi petang pula diadakan Forum yang bertajuk Career Prospect in Biological Field and Biodiversity Management: Preparation and Challenges.
Moderator untuk forum ini ialah Prof Madya Dr. Noraznawati binti Ismail (UMT). Manakala, tiga orang panel pula ialah Prof Madya Dr. Aziz bin Ahmad, Dr. Han Kwai Hin (WWF) dan Encik Mohd Yazid (MNS).
Banyak pengisian yang diperoleh oleh para peserta dan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat.
Antara pesanan yang amat penting untuk ingatan kita bersama adalah dari sikap dan niat kita dalam menuntut ilmu. Utamakan yang paling utama.

Forum

Majlis penutupan pula dirasmikan oleh Dr. Faridah binti Mohamad selaku Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam pembentangan saintifik.

Anugerah Penbentang Terbaik : Vikneswaran a/l Muthu, Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah Pembentangan Terbaik : Harris Hanafi bin Hussin, Universiti Malaysia Terengganu
Anugerah Program Berpotensi Tinggi : Mohamad Firdaus bin Musa, Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Program Berpotensi Tinggi

Jutaan terima kasih kepada Pengarah Program BIOCON 2013, Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan BIOCON 2013. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Akhir kalam, semoga BIOSIS UMT akan lebih maju pada masa akan datang. Mudah-mudahan program seperti ini dapat dianjurkan oleh BIOSIS lagi untuk memartabatkan sains dalam kehidupan kita.








Selasa, Mac 12, 2013

Kembara Ilmu 2013





barisan Ajk dan EXCO


Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kelab Biosis telah berjaya menganjurkan program Kembara Ilmu 2013 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.

Program yang berkonsepkan sains dan al-Quran yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang sains dari perspektif Islam dan al-Quran. Program yang berlangsung pada 9/Mac/2013 yang diadakan aktiviti-aktiviti sepanjang satu hari. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)

Program ini telah berjaya membuka minda para peserta dan para hadirin. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Program Kembara Ilmu, MT dan EXCO serta AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan program Kembara Ilmu 2013.

Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Isnin, Mac 04, 2013

Perancangan Untuk Semester 2 2012/2013





Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Yang Esa semester 1 telah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi para pelajar akan memasuki Semester 2 2012/2013. Mudah-mudahan semester yang akan datang memberi lebih banyak kemajuan untuk semua. Selain itu, semoga perancangan untuk semester 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Maka, komitmen daripada setiap ahli kelab biosis sangat digalakkan.


Perancangan Kelab Biosis untuk Semester 2 turut disertakan di sini.


Bil.
Program
Tempat
Tarikh
Objektif
1
Progam Malam Palestin di Hatiku
Auditorium FPE
8 Mac 2013
Program Malam Palestin di Hatiku bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai liku-liku perjuangan rakyat Palestin dan juga memberi kesedaran bertapa bersyukurnya mahasiswa hidup di Malaysia yang tidak terlibat dengan kancah peperangan

2
Program Kembara Ilmu :
Sains dari Perspektif Islam dan Al-Quran
Auditorium FPE
&
DSM
9 Mac 2013
Membantu para pelajar menjadi mahasiswayang lebih memahami perkaitan antara sains dan islam yang mana ia tidak dapat dipisahkan.Selain itu, program ini juga bertujuan supaya mahasiswa mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan dalam islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke hari ini.

3
Program BioRun
Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir
Mac/April
Melahirkan mahasiswa yang cergas minda dah sihat tubuh badan disamping memelihara alam sekitar.


4
Program Mount Tahan Expedition Challenge (MTEC 2013)
Gunung Tahan, Pahang
6-12 April 2013

Untuk meneroka khazanah alam puncak tertinggi Semenanjung Malaysia yang mana hasil penerokaan akan didokumentasikan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan orang awam tentang nilai dan kepentingan biodiversiti negara serta isu-isu yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusannya.



5
Program Konvensyen Biologi 2013
Auditorium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak
19-12 April 2013
Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) ini ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa tentang perkembangan ilmu biologi, kepentingannya terhadap dunia pada era kini dan akan datang serta potensi pekerjaan di pasaran yang dikhususkan kepada mahasiswa biologi.
6
Majlis Makan Malam Tahunan JasBio
Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam
17 Mei 2013
Majlis ini adalah merupakan satu medium untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara umumnya dan para pelajar Jabatan Sains Biologi secara khususnya, sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, ia akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara langsung untuk program-program yang akan dijalankan.

Khamis, November 08, 2012

Explore The Nature Camp. 2012


Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua.
InsyaAllah esok, seramai 33 orang ahli BIOSIS bersama dengan Dr Andrew anak Ngadin akan bertolak ke Taman Negara, Jerantut Pahang. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik serta kesemua aktiviti berjalan lancar. Bagi yang pulang ke kampung halaman, kirim salam BIOSIS kepada keluarga anda dan bagi yang tinggal di UMT, jangan bersedih terutama student tahun 3, FYP. 


Tentatif Program




EXPLORE THE NATURE CAMP. 2012


Isnin, Oktober 01, 2012

Laporan Khas Lawatan Kebajikan Ke Taman Sinar Harapan



Assalammualaikum dan Salam BIOSIS untuk semua. Pada 28.9.2012 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, Kelab BIOSIS telah membuat lawatan ke Taman Sinar Harapan yang terletak berhampiran dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Walaupun TSH terletak berhampiran dengan pusat membeli belah namun begitu, kehadirannya seakan tidak disedari kerana kurang kunjugan dari masyarakat. Kelab BIOSIS menggunakan peluang ini dengan mengadakan aktiviti bersama komuniti dan komuniti yang dipilih adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

Untuk pengetahuan semua TSH telah mula beroperasi sejak 1994 lagi, pada mula nya ia menempatkan orang-orang tua yang tiada waris dan tempat untuk berlindung. Kemudian ia tukarkan dengan menempatkan OKU yang berumur dari bayi sehingga 17 tahun. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli BIOSIS menghadiri program ini, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk berkongsi kesedihan dan menambah keriangan kepada penghuni TSH selain memberi pendedahan kepada ahli BIOSIS bahawa bertapa pentingnya tugas kita sebagai masyarakat untuk mengambil berat mengenai mereka.



Program ini di rasmikan oleh Dr Andrew anak Ngading iaitu Penasihat 1 Kelab BIOSIS. Di dalam ucap tama Dr Andrew, beliau bersetuju dan menyokong Kelab BIOSIS untuk mengadakan aktivti yang melibatkan komuniti bagi menunjukkan sifat prihatin kita kepada mereka. Terdapat beberapa aktivti dilakukan seperti aktivti LDK iaitu Rumah Ku Syurga Ku, aktiviti Tarian yang menjadi kegemaran peghuni TSH dan Lawatan Ke Kawasan sekeliling TSH yang di lihat sangat menyayat hati apabila terdapat penghuni yang hidup nya hanya di katil kerana tidak mampu untuk bergerak.


Aktiviti sebegini wajar dilakukan kerana sebagai mahasiswa dan mahasiswi, kita perlu prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling kita bukan hanya tertumpu pada pembelajaran dan aktivti sendiri. Dengan ada program-program sebegini, peluang untuk mahasiswa/siswi berinteraksi dengan masyarakat luar terbentang luas. Di harap, selepas ini, ahli-ahli BIOSIS dapat menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin.


Akhir kata dari saya, BIOSIS sayang Penghuni TSH.



Lawatan Kebajikan Ke Taman Sinar Harapan



Assalamualikum, Salam BIOSIS, dan Salam 1 Malaysia. Pada 28 September 2012 yang lalu, Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah mengadakan Program “Lawatan Kebajikan BIOSIS ke Taman Sinar Harapan”. Program yang disertai oleh 77 ahli BIOSIS ini bertolak ke Taman Sinar Harapan seawall 7.30 pagi daripada UMT. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk memupuk rasa kasih sayang pelajar terhadap insane istimewa yang telah menghuni rumah kebajikan tersebut sekian lama.




Program yang dirasmikan oleh Dr. Andrew Anak Ngadin ini telah berlangsung dengan penuh ceria dan tangisan keinsafan terbit sewaktu aktiviti penutup “free hug” berlangsung. Ternyata ahli BIOSIS bukan sahaja celik minda, malah sensitiviti mereka terhadap insan lemah amat terkesan di sanubari. Diharap program sebegini akan menjadi program tahunan kelab BIOSIS. Selamat maju jaya.


Wassalam,

Sabtu, September 29, 2012

Tautan Kasih Biosis dan Majlis Sambutan Hari Raya



Assalamualikum, Salam BIOSIS, dan Salam 1 Malaysia. Pada 15 hingga 16 September 2012, Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) telah mengadakan Program Tautan Hati dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlansung di sekitar UMT. Program yang dihadiri 325 peserta yang merupakan pelajar daripada Jabatan Sains Biologi ini adalah bertujuan megeratkan silaturrahim antara ahli BIOSIS, memberikan peluang kepada BIOSIS untuk bekerjasama, dan juga sebagai salah satu medium kepada ahli-ahli kelab menimba pengalaman dalam menyusun atur dan mengendalikan program untuk aktiviti kelab yang akan datang.

Program yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Mariam Binti Taib, Timbalan Dekan Akademik dan HEP Fakulti Sains dan  Teknologi, telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan dan komitmen yang tinggi dari segenap ahli BIOSIS. Aktiviti yang dirancang oleh pucuk kepimpinan BIOSIS bai program ini memupuk semangat bersatu antara pelajar senior dan juga junior. Diharap program-program yang bakal dijalankan juga akan mendapat sambutam positif dari segenap ahli BIOSIS.
Wassalam,

Selasa, Disember 13, 2011

Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis

Salam Blogger :)


Atas dasar kerjasama dan toleransi di bawah satu jabatan iaitu Jabatan Sains Biologi, 
kami ( Mahasiswa Biologi ),
bersetuju akan bersatu dibawah satu kelab akademik yang baru,
akan berusaha menaikkan nama kelab atas dasar kesedaran intelektual,
membantu memelihara khazanah alam semula jadi dan ilmu berkenaannya.

Akhirnya, pengabungan antara
Kelab Double Helix 
Kelab Biodiversiti 
Maka Wujulah
BIOSIS UMT

Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis

Dengan sukacitanya logo baru Biosis UMT dan blog Biosis telah selamat dirasmikan dalam majlis penuh gemilang di Universiti Malaysia Terengganu.
Video Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis.



Pada 6 December 2011
Bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.
Majlis Telah dirasmikan oleh 
Yang Berbahagia Dr. Faridah (Ketua Jabatan Sains Biologi) 
Dan Logo Baru Biosis Dirasmikan Oleh 
Yang Berbahagia Dr. Mariam (Timb. Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi).

content top