content top
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 08, 2014

RUN FOR GREEN!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas satu lagi pencapaian dalam kelab Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) bersama kelab EnTech Universiti Malaysia Terengganu atas kerjasama dalam menganjurkan GREEN RUN 2014. Program ini diadakan pada hari semalam, 8 Mac 2014 bertempat di kompleks sukan UMT.

Untuk pengetahuan semua, jarak larian adalah sepanjang 8.7 km. 30 orang peserta terawal akan diberikan hadiah. Seawal jam 6.30 pagi, para peserta sudah tiba di tempat berkumpul untuk memudahkan lagi kelancaran program.

Berikut adalah turutan aktiviti sepanjang GREEN RUN 2014:

6.30 PAGI : PARA PESERTA MULA BERKUMPUL DI HADAPAN ASTAKA KOMPLEKS SUKAN.
7.00 PAGI : ACARA SENAMAN AEROBIK
7.30 PAGI : PESERTA AKAN BERKUMPUL DI GARISAN PERMULAAN. 
- PESERTA LELAKI AKAN DILEPASKAN DAHULU. DIIKUTI PESERTA PEREMPUAN
11.00 PAGI : PESERTA DIJANGKA MENAMATKAN LARIAN.
11.20 PAGI : PESERTA AKAN DIBERIKAN MAKANAN DAN MINUMAN.
11.30 PAGI : MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN GREENRUN
- UCAPAN DARIPADA PENGARAH PROGRAM
- UCAPAN DARIPADA PERASMI PROGRAM PROF IR. AHMAD JUSOH
- PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA
- ACARA CABUTAN BERTUAH







Program ini telah berjaya mencapai seramai 600 orang peserta daripada pelbagai program di UMT. Penglibatan secara sihat oleh siswa-siswi UMT sangat digalakkan di samping mengeratkan silaturahim. Program seperti ini juga dapat mendidik minda dan diri untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, benarlah peribahasa 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat' dan 'bersatu teguh, bercerai roboh', dengan kerjasama yang cukup erat antara kedua-dua kelab telah menambahkan lagi nilai program GREEN RUN pada tahun ini.

Akhirkata, syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana GREEN RUN 2014 atas pencapaian anda semua. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. TAHNIAH juga kepada para peserta yang berjaya menamatkan larian dengan jayanya.

RUN FOR GREEN

acara senaman aerobik

para peserta melakukan senam aerobik

larian bermula!

larian..

R n R sebentar di laluan larian

SYABAS DAN TAHNIAH!



Jumaat, Oktober 25, 2013

berhati-hati di jalan raya!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
topik kali ini berhati-hati di jalan raya!

apa kaitan dengan BIOLOGI?
ada..
Pengguna jalan raya ada yang berprogram Sains Biologi dan SMSG Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti!

Keselamatan diutamakan. Dalam sibuk-sibuk pergi ke kuliah, pergi hantar tugasan dan bermacam agenda lagi, jangan terus sahaja memecut laju kenderaan anda. Lajukan langkah kaki anda, itu tidak mengapa. Malahan, lagi bagus dan banyak manfaatnya.



Makanya, jom kita berkongsi tip pemanduan di jalan raya. Lebih-lebih lagi pada musim hujan ini. Jalan raya licin dan macam-macam halangan lagi yang ada di sepanjang perjalanan anda pergi ke kuliah.

Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Percikan air boleh terbalas ke hadapan cermin kereta anda. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir. cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. 

JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah

Selain itu, pastikan..

1. Pastikan komponen kereta berada dalam keadaan yang baik:
- Viper cermin tidak haus
- Semua lampu kereta berfungsi seperti biasa (termasuk lampu isyarat atau signal)
- Tayar tidak haus atau bocor

2. Peralatan mesti-ada di dalam kereta
-Alat pengecas telefon bimbit 
-Payung / baju hujan.
-Lampu suluh
-Satu persalinan pakaian – jika anda sampai ke kereta dengan keadaan basah kuyup.
-Nombor telefon dan kad keahlian car breakdown service.


Bagi yang menaiki motosikal dan basikal. Anda lagilah perlu berhati-hati semasa memandu. Pastikan topi keledar anda dipakai dengan kemas dan cara yang betul. Setakat pakai sahaja tiada apa faedah, bukan?
Sediakan baju hujan :)

Bagi yang berjalan kaki, sediakan payung sebelum hujan. Berhati-hati juga di jalan raya. :)





Kecemerlangan lahir daripada tindakan yang bijak! Berhati-hati semua!





Isnin, Oktober 14, 2013

selamat hari raya aidiladha

BIOSIS UMT mengucapkan salam aidiladha kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
Selamat berbuka kepada mereka yang berpuasa sunat pada hari ini! 


Ahad, September 15, 2013

Selamat Hari Malaysia yang ke 50!

Selamat Hari Malaysia yang ke 50! Semoga kita semua terus maju dan berjaya dalam menaikkan martabat Malaysia di persada antarabangsa. Jangan disia-siakan nikmat keamanan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Apa peranan kita sebagai siswa-siswi? Kita mesti berusaha memajukan diri dalam semua aspek untuk memastikan kita semua boleh menjadi permata yang bernilai kepada negara. Semangat patriotisme wajib ditingkatkan dalam jiwa setiap siswa-siswi!. Maju Malaysia!

Jom kita baca sedikit fakta sejarah 16 September 1963


Hari Malaysia disambut pada 16 September pada setiap tahun adalah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963 yang bertarikh sama iaitu 16 September. Ia merupakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Selamat hari Malaysia.!
semoga aman makmur bahagia!


Jumaat, September 06, 2013

Mari Berbudaya Setiu dalam Malaysian Book of Records

Satu lagi kejayaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya apabila kolaj batik terbesar telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama 400 orang pelajar di program Mari Berbudaya Setiu di Setiu, Terengganu. Program Mari Berbudaya Setiu telah  disertai oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kolej Bestari dan Institut Teknologi Petroleum Petronas, sekolah-sekolah menengah sekitar Setiu dan juga 24 Youth Volunteer Programme (AVYP).

Kolaj batik terbesar


Kolaj yang berukuran 8.5 meter x 8.5 meter telah dibuat semasa agenda Kenali Setiu dan Program Berbudaya Setiu yang telah diorganisasikan oleh Green Group dan Penarik Inn.

Mantan Presiden BIOSIS menyampaikan ucapan mewakili seluruh universiti yang terlibat

Pengarah program, Nor Adlin Mohd Said berkata bahawa hanya sejam masa yang diambilkan untuk para peserta untuk mewarnakan 784 bidang batik sebelum menghasilkan sebuah kolaj yang cantik.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya warisan Setiu kepada orang ramai. Setiu merupakan sebuah tempat yang kaya dengan budaya.

Turut tidak ketinggalan, warga ahli BIOSIS turut bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan penglibatan generasi muda dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Syabas dan tahniah!

Ahad, September 01, 2013

SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.

Selamat datang dan selamat menuntut ilmu.

Semoga kejayaan dicipta di Universiti Malaysia Terengganu.


Ahad, Ogos 04, 2013

Selamat Hari Raya 2013

BIOSIS mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada warga pembaca. Semoga 1 Syawal pada kali ini memberi lebih erti kepada kita semua. Sebelum itu, tahniah kepada ahli BIOSIS dan warga Universiti Malaysia Terengganu atas keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2012/2013.Tingkatkan keputusan anda pada masa hadapan. Insya Allah.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan anda. Jika penat, berehat seketika untuk pemanduan seterusnya. Di hari lebaran, kemaafan dimohon, moga memberi pengertian kepada kita.

Salam lebaran.





Khamis, Jun 13, 2013

Gandingan mantap tenaga Doa, Syukur dan Sabar dalam kehidupan!

Salam kemesraan kepada semua warga BIOSIS, UMT dan pembaca sekalian.Kami team BIOSIS akan berkongsi dengan anda tentang kunci kejayaan!

"Hakikat syukur adalah mengakui nikmat Tuhan dan menggunakannya bertepatan dengan keredhaan-Nya. Manakala hakikat sabar pula adalah tenang di bawah kekuasaan taldir tanpa mengeluh dan putus asa pada kurniaan Tuhan."
(Ibnu Ad-Diba' Asy-Syaibani, Mukaffiratudz-Dzunub wa Mujibatul Jannah)



Untuk mencapai sesuatu kejayaan atau target yang kita mahu, gabungan tiga aspek ini mesti disatukan. Doa sahaja tidak memadai, wujudkan rasa syukur dan sabar juga dalam menghasilkan pelbagai kejayaan. Bukan satu kejayaan, malahan banyak kejayaan yang anda tidak akan jangka.

Analoginya, bayangkan anda membuat teh tanpa gula. Apa rasanya? Tentu pahit bukan? Bagi menghidangkan secawan teh yang sedap, anda perlu meletak gula sebagai pemanis. Anda juga perlukan air panas dan sudu untuk mengacaunya. Begitu juga apabila anda mencampurkab serbuk teh, air panas dan gula. Kemudian, dikacau hingga gulanya hancur. Rasanya tentu enak.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita perlukan doa, syukur dan sabar. Kemudian, kita adunkan ketiga-tiga bahan itu. Dalam perkataan lain, apabila kita gabungkan kesemuanya, kita akan berasa bahagia dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.

Masalahnya, hingga ke saat ini kebanyakkan umat manusia berdoa tanpa rasa syukur.Kita bersyukur tanpa kesabaran. Apabila kita diberi nikmat, kita mestilah bersyukur. Apabila Tuhan menguji kita dengan musibah, kita mesti bersabar. Sebaik-baiknya syukur dan sabar mestilah berjalan seiring.

Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar berkemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang juga setanding dengan kesabarannya. Walaupun begitu, ada juga orang yang bersyukur tetapi tidak mampu menahan sabar apabila nikmat dan rezeki mereka diambil daripada Tuhan. 

Urusan orang yang beriman sangat unik.
Semua urusan baik bagi mereka. 
Perkara ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
 Jika dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya.
Kalau dia ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu juga baik baginya.
(Direkodkan oleh Muslim)


Pernahkah doa anda tidak dimakbulkan? Sudah tentu pernah. Apakah tindakan anda sekiranya hajat anda tidak dimakbulkan oleh-Nya? Menyalahkan takdir? Berputus asa?




Sebenarnya, Allah sentiasa mengabulkan permintaan hamba-Nya. Dia memberi apa yang anda inginkan. Walaupun kadangkala kesabaran itu tidak tidak wujud dalam diri anda. Tetapi, sudahkan anda bertanya kepada diri anda? Adakah hajat anda seiring dengan isi hati anda? Mungkin apa yang kita inginkan bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Maka, mohonlah petunjuk kepada Allah supaya Dia menunjukkan apa yang anda inginkan sebenarnya.

Makanya, gabungan ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam kehidupan terutamanya sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang bercita-cita besar. 

Bagaimana ketiga-tiga aspek ini bekerja dalam kehidupan sehingga doa anda dimakbulkan, hidup bahagia, tenang dan damai?

Berikut adalah cara-cara yang boleh dikongsikan supaya doa dipenuhi dan memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan:

# Ketahuilah apa sebenarnya yang anda inginkan.
# Teruslah berdoa sama ada dalam keadaan senang mahu pun susah.
# Tanamkan kuat-kuat apa tujuan anda berdoa.
# Wujudkan rasa syukur dalam hati. 
# Gunakan tenaga sabar untuk bangun dari kegagalan.
# Solatlah dengan rasa syukur dan sabar.


Lakukan enam perkara ini, Insya-Allah, Allah akan memberikan sesuatu malahan pelbagai kejayaan kepada anda.

Doa, Syukur dan Sabar

selamat menjalani kehidupan!
(Quranic Law of Attraction karya Rusdin S. Rauf)




Rabu, Mei 15, 2013

Primates!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Apa khabar warga BIOSIS dan pembaca sekalian?
Minggu ini sangat padat dengan aktiviti dan tugasan.
BIOSIS baru sahaja melaksanakan Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi!
Dengar kata, ada lagi acara daripada BIOSIS. Apa dia?
Nantikan!!!

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai Primates! Tahukah apa itu Primates?

The primates include the most familiar of the placental mammals, because they include us, Homo sapiens. Primates also include familiar animals, such as the chimpanzees, gorillas, and monkeys, as well as the somewhat less familiar lemurs, lorises, galagos, pottos, sifakas, indris, aye-ayes, and tarsiers.

Nearly half of all primates are in danger of becoming extinct, according to a study by the International Union for the Conservation of Nature. Habitat destruction and hunting for food and the illegal wildlife trade are the main threats to the world's 634 primate species – 303 of which are now classed as vulnerable, endangered and critically endangered. Here are some of the species under threat.

Grey-shanked douc langur, Pygathrix cinerea,Asia

The grey-shanked douc langur (Pygathrix cinerea) is found in Vietnam. In Asia, more than 70% of primates are classified on the IUCN 'red list' as vulnerable, endangered or critically endangered; in both Vietnam and Cambodia, approximately 90% of primate species are considered at risk of extinction

Yellow cheeked crested gibbon (Nomascus gabriellae)

The yellow-cheeked crested gibbon (Nomascus gabriellae) was upgraded from vulnerable to endangered. In south-east Asia, populations of gibbons, leaf monkeys and langurs have dropped due to rapid habitat loss and hunting to satisfy the Chinese medicine and pet trade.

Comelkan Primates ini?

Untuk pengetahuan anda, binatang ini semakin berkurang populasi dalam dunia. Justeru, kita sebagai manusia mestilah melindungi haiwan ini daripada ketamakan manusia sendiri.
Mereka juga berhak untuk merasai kehidupan dengan baik.


Qinling golden snub-nosed monkey, Rhinopithecus roxellana qinlingensis

The Qinling golden snub-nosed monkey (Rhinopithecus roxellana qinlingensis), found in China, has been reclassified from vulnerable to endangered. Habitat destruction, through the burning and clearing of tropical forests, is a major threat to primates. Other threats include the hunting of primates for food and an illegal wildlife trade.


more about primates!

thank you!
have a nice day BIOSIS!


Ahad, April 21, 2013

Hari Bumi Sedunia ( Earth Day ) 2013



HARI BUMI


Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.


SEJARAH HARI BUMI


Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Tema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun 2013 adalah ‘The Face of Climate Change’ atau dalam bahasa Malaysia “Wajah-wajah Perubahan Iklim”

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

 1. Sertai kempen Hari Bumi Sedunia 2013 di Earth Day

2. Menghentikan aktiviti pembakaran terbuka 

3. Menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah, rumah dan tempat kerja. Sokonglah dan bantulah program kitar semula 

4. Menyertai program yang dianjurkan berkaitan penjagaan alam sekitar 

5. Sentiasa mengamalkan amalan mesra alam di rumah, sekolah, pejabat dan semasa membeli belah 

6.  Menjimatkan penggunaan air, elektrik dan tenaga 

7. Rancang pembelian untuk mengelak daripada membeli barangan yang tidak perlu. Ia juga menjimatkan wang anda 

8. Menanam pokok bagi membantu menyerap gas karbon dioksida untuk mengurangkan Kesan Rumah Hijau










Ahad, April 14, 2013

Ribut Petir



Apakah Ribut Petir?

 Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

  •  Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.
  •  Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  •  Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya. 
  •  Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan. 
  •  Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama. 
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.

Apakah Kilat?

 Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

 Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

 Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.


 Keselamatan Semasa Ribut Petir dan Kilat !

Sebelum Ribut
  •  Semak ramalan cuaca sebelum keluar jika tempoh berada di luar agak panjang. Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada. 
  • Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan berlaku. 
 Semasa Kedatangan Ribut Petir
  • Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta
  • .Jangan berteduh di tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil. 
  •  Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap.
  •  Keluar dari bot dan jauhi air.
  • Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik.Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.
  •  Jangan mandi. 
  •  Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
  •  Jika memandu di lebuhraya atau jejantas, berwaspada dengan angin kencang. 
  •  Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.
Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung 

  •  Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan pagar. 
  •  Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah. 
  •  Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah. 
  •  Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan segera dapatkan tempat berlindung.

Sabtu, April 06, 2013

Selamat tiba- Mount Tahan Expedition Challenge


PERKEMBANGAN TERBARU MOUNT TAHAN EXPEDITION CHALLENGE (MTEC) 2013

Peserta MTEC sudah sudah selamat tiba di Taman Negara Merapoh dan mereka bermalam di situ sebelum memulakan pendakian pada esok pagi.
Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk mendaki gunung.
Kami warga BIOSIS mendoakan agar para peserta selamat dalam pendakian dan segalanya dapat berjalan dengan lancar.




Isnin, April 01, 2013

Jaga Kesihatan pada Musim Panas



Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia menjadi semakin panas. Mungkin disebabkan aktiviti manusia yang telah menyebabkan perubahan kepada sistem aturan cuaca alam. Cuaca yang panas kadangkala membuatkan seseorang itu cepat letih dan seterusnya cepat marah. Terutama kepada para-pelajar dan golongan yang bekerjaya, cuaca boleh juga mempengaruhi emosi mereka pada sesuatu masa.

Antara tanda-tanda tahap kesihatan yang semakin berkurang pada waktu panas yang melampau ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan dan berasa mual.

Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri terutama pada musim panas sekarang.
Jadi, nasihat kami kepada anda dan juga warga BIOSIS pada hari ini ialah:

  1. Banyakkan minum air mineral. Minum air dengan banyak dapat melancarkan pergerakan sel dalam badan kita dan sistem-sistem yang terlibat. Jangan tunggu sehingga dahaga. Kami mengesyorkan supaya anda membawa bersama air mineral ke kelas atau pun sewaktu berjalan. 
  2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral dalam badan anda yang hilang sewaktu berpeluh.
  3. Berada di dalam rumah atau bangunan.
  4. Hadkan aktiviti luar.
  5. Berehat secukupnya.
  6. Kerap mandi kerana mandi dapat menenangkan badan anda.
  7. Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.
  8. Pakai topi atau payung yang besar sewaktu berada di kawasan yang panas.

Tips yang lain juga perlu apabila cuaca panas yang semakin melampau. 
Antaranya ialah elakkan minum minuman yang berkafein , alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Hal ini menyebabkan kita cepat berasa lapar dan dahaga. Selain itu, elakkan berada di dalam kereta yang tertutup dan jangan bersenam di bawah terik cahaya matahari. 



Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di: 
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481

content top