content top

Selasa, Mac 26, 2013

2013 : Tahun Kerjasama Air Antarabangsa

Dalam memenuhi keperluan asas manusia dan pembangunan sosioekonomi, air memainkan peranan penting dalam kehidupan. Air adalah sumber yang dikongsi bersama, dan pengurusannya perlu diambil berat. Ini seterusnya memberi peluang dalam mewujudkan kerjasama dari pelbagai pihak 

Pada Disember 2010, Perhimpunan Bangsa - Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kerjasama air (Resolution A/RES/65/154) .UN-Water telah meminta kerjasama UNESCO untuk melaksanakan projek tahunan ini. Hasil dari pengishtiharan ini, Hari Air Sedunia 2013, telah berlangsung pada 22 Mac 2013. Dua sambutan terbesar telah berlangsung di The Hague, The Netherlands dan Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu di New York.



Objektif Tahun Kerjasama Air ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan potensi dalam membentuk kerjasama dari semua pihak. Kerjasama ini diperlukan bagi menangani cabaran dari segi pengurusan air, yang menfokuskan peningkatan keperluan akses air, pengagihan, dan perkhidmatan pelanggan. Sambutan pada tahun ini juga akan menfokuskan sejarah kejayaan melalui kerjasama dalam pengurusan air, mengenal pasti isu-isu kritikal perkhidmatan air, kerjasama merentasi sempadan, maklumat dan pertukaran data, kerjasama kewangan dan juga teknikal. Kerjasama ini juga memberi peluang dalam menguatkan momentum dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembangunan Lestari (Rio+20).


 Fakta Mengenai Krisis Air:


  •  85% dari populasi dunia tinggal di kawasan yang paling kering 
  •  783 juta orang tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih. 

  •  6 hingga 8 juta orang maut setiap tahun akibat bencana dan penyakit berkaitan air 
  •  Hampir kesemua negara- negara Arab mengalami masalah kekurangan air. 
  •  Hampir 90% sisa air yang tidak dirawat mengalir ke sungai, tasik dan zon pantai, seterusnya memberi kesan dari segi kesihatan. 
  • Lebih dari 80 % air yang telah digunakan di seluruh dunia tidak dikitar semula (Corcoran et al., 2010).
Kerjasama Air penting:

  • Dalam mengekalkan keamanan. Akses kepada air boleh menimbulkan konflik. Walaubagaimanapun, ia penting dalam membina kerjasama. Kerjasama dalam pengurusan air dapat membantu mengelakkan masalah politik, tekanan sosial dan menzahirkan kepercayaan antara kumpulan komuniti yang berbeza (termasuk dalam peringkat kebangsaan)  
  • Dari segi ekonomi. Segala aktiviti ekonomi bergantung pada air. Kerjasama air membantu dalam penggunaan sumber air yang mapan. 
  • Memelihara sumber air dan alam sekitar. Kerjasama Air penting dalam perkongsian maklumat mengenai air, strategi pengurusan air serta fungsi air dalam pemeliharaan ekosistem. 

"World Water Day is like any themed global day: it’s not really to ‘celebrate’ water, it’s about getting people to pay attention and decide they’re going to take action to solve water problems." _Mark Smith.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tahun Kerjasama Air Antarabangsa, layari unwater.org

0 ulasan:

Catat Ulasan

content top