Program Explore the Nature diadakan adalah berdasarkan keprihatinan terhadap kepentingan alam sekitar, mengetahui cara kehidupan orang asli dan memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa. Program ini turut disertai Dr. Andrew anak Ngadin dan 33 orang peserta daripada ahli kelab BIOSIS.

Berikut merupakan agenda yang berlaku sepanjang program :
i. Hari Pertama – 9.11.2012
Pada jam 7.15 pagi semua peserta telah berkumpul di Dataran Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk pendaftaran. Seramai 33 orang peserta termasuk AJK dan seorang pengiring iaitu Dr. Andrew Anak Ngadin telah menyertai program ini. Bas bertolak pada jam 8.00 pagi ke Taman Negara Pahang, Jerantut, Pahang dan tiba di Taman Negara Pahang jam 4.15 petang. Semua peserta disambut baik oleh pihak agensi serta Taman Negara Pahang. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan dan taklimat keselamatan serta penerangan aktiviti program oleh Encik Rasdan, Pengerusi Danz Travel & Adventure Sdn.Bhd di tapak perkhemahan ESMOKHAFA. Aktiviti ditangguhkan sementara bagi menunaikan solat maghrib dan program diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Kumpulan dibahagikan kepada tiga yang di anggotai seramai 11 orang peserta. Setiap kumpulan diketuai oleh pemandu pelancong supaya keselamatan setiap ahli terjaga. Aktiviti yang pertama ialah ‘river crossing’ serta pendaftaran permit masuk ke Taman Negara Pahang. Seterusnya, pada jam 9.00 malam tayangan video mengenai Taman Negara Pahang dipaparkan sebagai pengenalan awal kepada peserta. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan ‘night walk’ dimana aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau serangga-serangga yang aktif di waktu malam seperti ulat gonggok hutan, kala kengking dan sebagainya. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau haiwan yang aktif pada waktu malam namun para peserta tiada peluang untuk melihat haiwan-haiwan tersebut. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
ii. Hari kedua- 10.11.2012
Sarapan pagi pada jam 7.00 pagi dan peserta berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu pada jam 8.00 pagi. Aktiviti lasak yang pertama dilakukan pada hari tersebut ialah ‘jungle trekking’ di Bukit Terisek dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Kemudian, pada jam 12.00 tengahari akitiviti ‘canopy walk’ sepanjang 280m dijalankan dan berakhir pada jam 1.00 petang untuk beri ruang kepada para peserta untuk makan tengahari. Aktiviti diteruskan lagi, dengan merentasi sungai ke perkampungan orang asli kaum Batek di Taman Negara Pahang dengan menaiki bot pada jam 3.00 petang. Aktiviti yang lebih mencabar stamina para peserta di teruskan lagi dengan ‘rapids shooting’ dimana para peserta berpeluang melalui arus air yang deras dan berliku. Pada jam 3.30 petang, para peserta dibawa untuk melihat demostrasi penggunaan sumpit dan nyalaan api menggunakan geseran kayu rotan dan kayu meranti. Selepas itu, para peserta dibawa melawat seluruh perkampungan orang asli oleh pemandu pelancong. Para peserta berkesempatan beramah mesra dengan penduduk orang asli di situ. Para peserta seterusnya di bawa ke tapak perkhemahan untuk mengemas khemah. Aktiviti tamat pada jam 7.00 petang. Para peserta mula berkumpul di dalam bas untuk pulang ke UMT pada jam 8.00 malam selepas makan petang dan solat maghrib. Para peserta serta pengiring selamat tiba di UMT pada jam 4.15 pagi keesokan harinya.
Secara konklusinya, aktiviti yang dilakukan tidak membebankan para peserta dan tiada kecederaan berlaku. Program yang dilakukan mengikut tentatif yang telah disediakan. Peralatan yang disediakan mencukupi. Selain itu, jutaan terima kasih di tujukan kepada semua pihak Taman Negara Pahang atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program dijalankan.
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)
0 ulasan:
Catat Ulasan