Kelab Gabungan Mahasiswa Biologi
(BIOSIS) dan Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
telah bersama-sama menganjurkan Program KembaraIlmu2013 :SainsdariPerspektif
Islam & Al-Quran pada 9 Mac 2013 yang lalu. Program ini telah diadakan di
Auditorium Mahyuddin bertempat di Fakulti Pengurusan Ekonomi, UMT yang
bertujuan untuk membantu mahasiswa
supaya lebih memahami perkaitan antara sains dan Islam, membantu mengeratkan
ukhwah antara ahli-ahli BIOSIS secara khususnya dan mengeratkan ukhwah antara
mahasiswa UMT secara umumnya serta memberi pendedahan dan kesedaran bahawa ilmu
dan penemuan awal sains bermula daripada umat Islam terdahulu. Program ini juga
bertujuan supaya mahasiswa dan mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan
dalam Islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke
hari ini.
Program Kembara Ilmu mempunyai beberapa aktiviti utama
antaranya ‘Kenali Cendekiawan Islam’, ‘Bicara Kalamullah’, ceramah bertajuk
‘Benarkah Alam Bertasbih?’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Fadzil Akhir, ‘Explorace:
Menjejak Ilmuan Islam’ yang mana ‘check point’ nya yang terlidiberi nama
‘Shortly Muhammad Says’, Peneman Hidup dan Si Buta Di Bumi Tuhan serta pada
sebelah malamnya diadakan acara kemuncak bagi Kembara Ilmu 2013 iaitu forum
bertajuk Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam. Antara panel hebat yang telah
dijemput untuk mengupas tajuk forum ialah Prof. Dato’ Dr. Yusof Othman
(Pengarah Institut Islam Hadhari) dan Ustaz Shauqi Othman (pendakwahbebas,
personaliti TV).
Melalui forum tersebut para
hadirin dapat mengetahui tentang perkaitan sains dari perspektif Islam yang
mana sebelum ini mahasiswa-mahasiswa hanya didedahkan dan disampaikan ilmu
Sains yang dibawa oleh ilmuan Barat. Selain itu, forum tersebut juga telah
dapat menjelaskan bahawa fakta-fakta berkaitan sains yang mana para sainstis
baru temuinya sekarang sebenarnya telah dinyatakan di dalam al-quran sejak
beribu tahun dahulu. Ahli-ahli panel juga telah membuat konklusi bahawa “ Sains
tanpa agama, buta.. dan agama tanpa Sains, tempang..”. Diharapkan program
ilmiah seperti ini dapat diperbanyakkan lagi agar mahasiswa-mahasiswa dapat membuka
minda dan dapat mengkaji Al-Quran yang mana di dalamnya terkandung banyak
rahsia, khazanah dan jawapan berkaitan bidang sains yang boleh diterokai.
Para hadirin yang telah hadir ke forum Menyingkap Khazanah Sains bersama Islam |
Sesi forum berlangsung |
Ahli-ahli MT dan EXCO yang memastikan kelancaran program |
Alhamdulillah, antara maklum balas yang kami terima daripada pihak yang menyertai Kembara Ilmu sangat memberi respon yang positif. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Antara maklumbalas yang kami terima:
The speaker was amazing!! Antara yang terbaik setakat ini di UMT!!
Program yang dapat buka minda para peserta, tahniah BIOSIS!
0 ulasan:
Catat Ulasan