Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. Hutan ini diberikan nama The Royal Belum kerana biodiversiti yang ada di dalamnya, dan beberapa penemuan-penemuan alam yang tak terdapat di tempat lain menjadikan ia istimewa.
Hutan ini diletakkan di bawah pengawasan tentera dan orang awam tidak dibenarkan memasukinya tanpa permit. Keluasan Hutan Royal Belum adalah 290,000 hektar dan dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Manakala, bahagian bawah merupakan hutan sekunder.
Beberapa Fakta dan Info Menarik Mengenai Hutan Royal Belum
- Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003.
- Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007.
- Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.
- Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
- Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
- Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.
- Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia itu di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Selamat Datang Ke Blog Biosis UMT. Blog ini telah dilancarkan pada 4 Ogos 2012 bagi menggantikan blog lama Biosis UMT iaitu http://biosisumt.blogspot.com(2011) dan http://welovebiosis.blogspot.com(2012). Setiap info dan perkara yang berkaitan dengan Biosis akan dipaparkan disini.
Perwakilan Biosis UMT 2011/12 (1st Generation) telah bersetuju untuk membuat pembaharuan terhadap media massa Biosis. 3 media telah dipilih dan semuanya menggunakan sistem online (jalur lebar) iaitu, Blog Biosis UMT, FB Profile Biosis UMT dan Group FB Biosis UMT.
Biosis UMT telah mengadakan kerjasama dengan beberapa badan luar bukan kerajaan bagi melancarkan proses promosi dan penjenamaan Biosis UMT. Cherry Bee Design iaitu anak syarikat Vo'ment Corporation telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi tempoh 5 tahun bermula 2011.
28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung 'Annual Grand Meeting Biosis' yang pertama. Pada majlis berkenaan telah berlangsung pembubaran Perwakilan Biosis UMT bagi sesi 2011/2012 (1st Generation) diganti dengan Perwakilan Biosis UMT 2012/2013 (2nd Generation)

0 ulasan:
Catat Ulasan